Connect with us

Terkini

Tiada keperluan ‘farmasi rahmah’ , pergi hospital kerajaan – Ketua Pengarah Kesihatan

Tiada keperluan untuk melaksanakan ‘Farmasi Rahmah’ seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) untuk mendapatkan ubat dengan harga yang rendah.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada keperluan ‘farmasi rahmah’ , pergi hospital kerajaan - Ketua Pengarah Kesihatan
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk perubatan dengan harga rendah itu boleh didapati di klinik dan hospital kerajaan yang sudah dilaksanakan sejak sekian lama.
  • “Tidak perlu samakan makanan dengan ubat-ubatan. Sehingga kini rakyat hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan dan ubat di klinik kesihatan kerajaan,” 
  • Kerajaan sebelum ini melancarkan inisiatif Menu Rahmah membabitkan 15,000 premis menjual hidangan pada harga RM5 untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

 

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melaksanakan ‘Farmasi Rahmah’ seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) untuk mendapatkan ubat dengan harga yang rendah.

Ini kerana, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk perubatan dengan harga yang rendah itu boleh didapati di klinik dan hospital kerajaan yang sudah dilaksanakan sejak sekian lama.

“Tidak perlu samakan makanan dengan ubat-ubatan. Sehingga kini rakyat hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan dan ubat di klinik kesihatan kerajaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Kerajaan sebelum ini melancarkan inisiatif Menu Rahmah membabitkan 15,000 premis menjual hidangan pada harga RM5 untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Berikutan itu, Presiden MPS, Amfrahi Buang mencadangkan kepada kerajaan supaya konsep yang sama diperluaskan kepada ubat-ubatan bagi membantu rakyat memperoleh produk berkenaan pada harga lebih rendah.

Amrahi memaklumkan peningkatan harga ubat-ubatan itu tidak dapat dihalang atau ditentukan pihaknya kerana ia berdasarkan penerimaan pembekal serta farmasi komuniti terbabit.

Bagaimanapun, Amrahi menyatakan peningkatan harga ubatan itu bukanlah satu perkara baharu kerana ia berpunca daripada tukaran mata wang asing, kos pembungkusan dan logistik.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending