Terkini
Orang awam perlu patuhi etika pemakaian ketika berurusan di premis kerajaan – Menteri Dalam Negeri
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang cuba menghalang orang awam daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa itu.

- Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang cuba menghalang orang awam daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa itu. – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail
- Orang awam juga perlu mematuhi kod etika pemakaian yang telah ditetapkan ketika berurusan di premis kerajaan.
- “Kita tak kompromi soal kesiapsiagaan anggota polis menolak daripada mengambil laporan.
- “Tapi, pada masa sama saya fikir untuk masyarakat awam juga (perlu) mengambil maklum bahawa ada elemen kesopanan dalam berurusan,” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang cuba menghalang orang awam daripada membuat laporan kepada pihak berkuasa itu.
Bagaimanapun bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Saifuddin menegaskan orang awam juga perlu mematuhi kod etika pemakaian yang telah ditetapkan ketika berurusan di premis kerajaan.
“Isu itu kita dah tutup episod, bermaksud kita tidak setuju dengan tindakan anggota tersebut.
“Kita tak kompromi soal kesiapsiagaan anggota polis menolak daripada mengambil laporan.
“Tapi, pada masa sama saya fikir untuk masyarakat awam juga (perlu) mengambil maklum bahawa ada elemen kesopanan dalam berurusan,” katanya kepada pemberita selepas program Media Engagement, malam ini.
Saifuddin berkata demikian mengulas etika berpakaian untuk orang awam berurusan di balai polis.
Isu itu timbul selepas seorang wanita yang ingin membuat laporan polis dilarang memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang baru-baru ini kerana memakai seluar pendek.
Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata anggota polis menasihatkan wanita itu supaya menukar pakaian mengikut “etika berpakaian untuk berurusan di premis kerajaan”.
Wanita itu memberitahu pihal media bahawa dia memakai “Bermuda yang menutupi lutut”, yang bercanggah dengan kenyataan Zaid bahawa dia memakai seluar pendek di paras peha.
Menurut wanita itu, dia mengalami kemalangan dengan sebuah lori berhampiran rumahnya di Batu Sembilan, Cheras dan telah datang ke balai polis Batu Sembilan untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, dia dinasihatkan supaya membuat laporan ke IPD Kajang.
Menurut wanita itu, dia tidak dihalang memasuki Balai Polis Batu Sembilan walaupun memakai pakaian yang sama.
Mengulas perkara itu, Ketua Polis Negara, Acryl Sani sebelum ini berkata insiden itu berpunca daripada “salah faham” mengenai pakaian yang dipakai wanita berkenaan.
Acryl berkata pengadu memakai seluar pendek dengan menampakkan pahanya sekali gus menyebabkan anggota polis yang bertugas memintanya menukar pakaian yang lebih sopan.
Sumber: Malaysiakini
