Connect with us

Terkini

KPWKM cadang kali kedua tubuh Jabatan Kanak-kanak

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mencadang sekali lagi penubuhan Jabatan Kanak-Kanak bagi menangani isu kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

KPWKM cadang kali kedua tubuh Jabatan Kanak-kanak
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebelum ini kementerian itu sudah mencadangkan namun ia ditolak kerana membabitkan peruntukan yang terlalu besar.
  • “Bagaimanapun, saya sekali lagi akan kemukakan cadangan mesyuarat Kabinet dengan izin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita akan terus mendesak bagi mewujudkan jabatan ini.
  • “Cadangan yang dibawa ini adalah holistik, yang penting kita kena usaha sebagai titik permulaan,” katanya.

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mencadang sekali lagi penubuhan Jabatan Kanak-Kanak bagi menangani isu kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebelum ini kementerian itu sudah mencadangkan namun ia ditolak kerana membabitkan peruntukan yang terlalu besar.

“Bagaimanapun, Jumaat ini saya sekali lagi akan kemukakan cadangan mesyuarat Kabinet dengan izin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita akan terus mendesak bagi mewujudkan jabatan ini.

“Cadangan yang dibawa ini adalah holistik, yang penting kita kena usaha sebagai titik permulaan,” katanya selepas lawatan kerja ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.

Menurut Nancy, hasil lawatan mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan peralatan terkini dan penambahan kakitangan untuk menangani kes-kes jenayah di bawah D11.

“Kita dapati D11 sendiri memerlukan peralatan komputer terkini dengan data tinggi bagi kes-kes pornografi selain bekerjasama bertukar maklumat dengan pihak berkuasa luar.

“Selain itu, perbincangan keseluruhan lebih kepada isu kanak-kanak. Pihak kementerian akan sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak polis yang saling memerlukan terutamanya isu-isu jenayah membabitkan kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, KPWKM dalam usaha mewujudkan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk melibatkan isu penderaan dan pengabaian.

Nancy dilaporkan berkata, penubuhan jabatan itu sudah dipersetujui secara prinsipal oleh Kabinet termasuk Perdana Menteri. – UTUSAN

Sumber: Utusan

Author

Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending