Connect with us

Terkini

Kawalan harga bendung inflasi

Pelaksanaan kawalan harga didapati berkesan dalam membendung kenaikan keterlaluan harga barangan dalam persekitaran inflasi global yang tinggi, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kawalan harga bendung inflasi
Foto: Penolong Gabenor BNM, Fraziali Ismail
  • Pelaksanaan kawalan harga itu berkesan dan bantu bendung kenaikan harga terlalu tinggi dalam negara terutama membabitkan harga minyak dan beberapa item lain. – Penolong Gabenor BNM, Fraziali Ismail
  • “Namun, langkah ini hanya sementara memandangkan pelaksanaannya beri kesan pada (kedudukan) fiskal kerajaan dari segi hutang yang tinggi dan defisit fiskal, yang mana ia perlu diberi pertimbangan menuju ke depan,”
  • “Selain beri kesan pada kedudukan fiskal kerajaan, pelaksanaan kawalan harga juga pengaruhi paras pengeluaran di negara ini kerana ia beri impak terhadap kos dan perbelanjaan pengeluar,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kawalan harga didapati berkesan dalam membendung kenaikan keterlaluan harga barangan dalam persekitaran inflasi global yang tinggi, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Penolong Gabenor BNM, Fraziali Ismail, berkata Malaysia, seperti beberapa negara lain melaksanakan kawalan harga bagi membendung inflasi.

Beliau berkata, pelaksanaan kawalan harga itu berkesan dan membantu membendung kenaikan harga yang terlalu tinggi dalam negara terutama membabitkan harga minyak dan beberapa item lain.

“Kawalan harga telah membantu membendung paras harga di Malaysia. Tanpa kawalan harga, inflasi keseluruhan mungkin boleh meningkat lebih sekali ganda.

“Namun, langkah ini hanya sementara memandangkan pelaksanaannya memberi kesan kepada (kedudukan) fiskal kerajaan dari segi hutang yang tinggi dan defisit fiskal, yang mana ia perlu diberi pertimbangan menuju ke depan,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain memberi kesan kepada kedudukan fiskal kerajaan, Fraziali berkata, pelaksanaan kawalan harga juga mempengaruhi paras pengeluaran di negara ini kerana ia memberi impak terhadap kos dan perbelanjaan pengeluar.

Justeru, beliau berkata, pelaksanaan kawalan harga perlu dimansuhkan dan masa sesuai untuk melakukannya ialah ketika persekitaran harga stabil.

Malah, katanya, peralihan daripada pelaksanaan subsidi pukal kepada subsidi bersasar adalah amat diperlukan.

BNM menjangkakan inflasi keseluruhan dan inflasi teras akan sederhana tetapi kekal tinggi pada 2023 dalam keadaan tekanan kos dan permintaan yang berlarutan.

Inflasi teras dijangka kekal tinggi dalam jangka masa terdekat, sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada separuh pertama 2022.

Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi yang masih ada akan terus membendung sebahagian daripada tahap tekanan inflasi yang meningkat.

Prospek inflasi kekal sangat bergantung pada sebarang perubahan dasar dalam negeri serta perkembangan harga komoditi global.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *