Connect with us

Terkini

Bakal Haji, fahamilah istilah Istitha’ah

keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberi kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.

Hidayah Sani

Published

on

Bakal Haji, fahamilah istilah Istitha'ah
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Empat bulan lagi akan tibanya musim haji.

Menurut Tabung Haji, keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberi kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.

Mengerjakan Haji sekaligus menunaikan rukun Islam kelima adalah impian setiap muslim di dunia ini. Lebih-lebih lagi saat Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 97 iaitu,  “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

Menanam niat dan tekad untuk menjadi Dhuyuf al-Rahman, sememangnya digalakkan namun acapkali juga kita melihat senario bakal jemaah haji ini bergolok-gadai, mengikat perut, berhutang sana-sini demi menjadi tetamu Allah. 

Senario sebegini menimbulkan persoalan, adakah golongan ini sudah benar-benar memahami konsep Istitha’ah atau berkemampuan yang menjadi salah satu syarat wajib haji?

Banyak sudah peringatan daripada ilmuan, agamawan malah pemimpin termasuk mantan menteri-menteri Agama yang mengingatkan bakal jemaah haji agar menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah itu kerana syarat wajib bagi menunaikan haji mestilah berkemampuan dan tidak membebankan.

Berbalik semula kepada petikan ayat al-Quran di atas, kebanyakan fuqaha’ bersepakat menyatakan istitha’ah adalah salah satu dari empat syarat umum wajib haji berdasarkan nas ‘sesiapa yang mampu sampai kepadanya’.

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai Istitha’ah maka tidak diwajibkan ke atasnya untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut jurnal bertajuk, ‘Konsep Istitha’ah dalam Ibadah Haji: Satu Analisis’, pengertian istita’ah merangkumi tiga sudut iaitu;

  1. Istita’ah al-maliyah, iaitu kemampuan dari segi kewangan. 
  2. Istita’ah al-badaniyah, iaitu kemampuan dari segi kesihatan fizikal. 
  3. Istita’ah al-amniyyah, iaitu kemampuan keselamatan diri  termasuk  mempunyai kenderaan,  tiket  kapal  terbang  dan kelulusan mendapatkan visa haji. 

Manakala, konsep berkemampuan dengan pertolongan orang lain pula membawa maksud seseorang itu cukup semua syarat mengerjakan ibadah haji namun dia uzur kerana sakit, tiada harapan sembuh atau terlalu tua serta orang yang telah meninggal dunia dan mampu mengerjakan haji semasa hayatnya. 

Maka, golongan ini boleh mewakilkan orang lain untuk menunaikan fardhu haji bagi pihak diri mereka.

Jika kita melihat situasi hari ini pula, kenaikan kos jemaah haji terus meningkat saban tahun disebabkan beberapa faktor iaitu termasuklah inflasi, pergerakan nilai tukaran mata wang, pengenalan caj dan cukai baharu oleh kerajaan Arab Saudi, selain pembangunan di Makkah dan Madinah.

Sudah semestinya, umat Islam yang berhasrat menunaikan haji perlu bersedia dengan kenaikan kos itu, dan mereka (bakal haji) tidak boleh bergantung pada subsidi atau bantuan kewangan semata-mata untuk menunaikan ibadat itu.

Peningkatan kos haji adalah perkara yang perlu diterima bakal jemaah kerana ia suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan.

Meskipun begitu, berkemungkinan kenaikan kos itu tidaklah begitu dirasai jemaah haji di Malaysia khususnya yang pertama kali menunaikan ibadah itu secara muassasah lantaran langkah Tabung Haji yang melaksanakan bantuan kewangan.

Presiden  Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia), Harun KC Ahmmu berkata, bayaran haji pada 2019 masih kekal RM9,980 dan kos sebenar adalah RM22,900 di mana subsidi haji dikeluarkan sebanyak RM12,920 atau 56 peratus daripada kos haji.

Menurutnya, situasi ini seolah-olah menunjukan bahawa jemaah yang menunaikan haji lebih bergantung kepada subsidi daripada kemampuan sendiri.

Hal ini menimbulkan persoalan, di manakah kebenaran jemaah haji ini ‘mampu’ sekiranya masih mengharapkan bantuan daripada TH? Adakah ‘kewajiban’ TH  menanggung semua lebihan perbelanjaan pengurusan jemaah haji? 

Mungkin juga, sudah tiba masanya bakal haji perlu bersedia untuk membayar lebih serta tidak boleh lagi bergantung pada bantuan TH semata-mata. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending