Antarabangsa
Ubah nama jadi transgender, perogol bersiri minta dipindahkan ke penjara wanita
Seorang perogol bersiri yang ditempatkan di penjara lelaki di Edinburgh kini berusaha menjadi transgender untuk dipindahkan ke penjara wanita di Scotland.
- Jonathon Mallon, 40, kini mahu dikenali sebagai transgender dengan nama “Charlene” sedang berusaha untuk dipindahkan ke penjara wanita di Scotland.
- Mallon dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2014 atas beberapa tuduhan merogol di bilik persalinan dan tandas wanita.
- Mallon menerima 21 pertuduhan dalam tempoh 14 tahun berkaitan dengan keganasan terhadap wanita.
- Selepas disabitkan kesalahan, Mallon dilaporkan “menangis di kandang tertuduh” yang mana hakim berharap ia sebagai “air mata penyesalan”.
- Sepuluh tahun kemudian, seorang banduan dilaporkan berkata Mallon mendakwa melakukan penukaran nama lelaki ke wanita dan akan dipindahkan ke penjara wanita.
SCOTLAND – Seorang perogol bersiri yang ditempatkan di penjara lelaki di Edinburgh kini berusaha menjadi transgender untuk dipindahkan ke penjara wanita di Scotland.
Jonathon Mallon, 40, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2014 atas beberapa tuduhan merogol di bilik persalinan dan tandas wanita seperti dilaporkan Reduxx.
Perogol bersiri itu yang kini mahu dikenali dengan nama “Charlene” terbabit dalam 21 pertuduhan berkaitan keganasan terhadap wanita dalam tempoh 14 tahun.
Antara Disember 1999 dan Mac 2013, dia merogol lima wanita dan mendera wanita keenam secara seksual.
Pada 2014, pendakwa raya Kath Harper memberitahu mahkamah bahawa Mallon pernah disabitkan kesalahan dirujuk sebagai pembakaran, penderaan rumah tangga, keganasan dan membawa pisau.
Semasa hukuman dijatuhkan, seorang mangsa terselamat memberitahu mahkamah bagaimana Mallon merogolnya di bilik Scotstoun Swimming Baths ketika beberapa keluarga dengan anak kecil berada di kawasan berdekatan.
Sementara itu, seorang lagi mangsa dirogol di dalam bilik air di pawagam Odeon di Glasgow.
Selepas disabitkan kesalahan, Mallon dilaporkan “menangis di kandang tertuduh” yang mana hakim menyatakan: “Saya harap air mata anda adalah untuk wanita yang hidupnya telah anda hancurkan”.
Sepuluh tahun kemudian, seorang banduan dilaporkan berkata Mallon “…telah berkata kepada orang ramai bahawa dia telah menukar namanya dan akan pergi ke penjara wanita dalam masa tiga bulan.
“Tetapi saya tidak fikir perkara itu akan berlaku. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh memasukkan pesalah seks yang merogol wanita ke dalam penjara wanita. Saya pasti ketua penjara akan melihat perkara ini,” katanya.
Sumber: Reduxx