Connect with us

Terkini

Pernah diliwat jadi faktor lelaki seks dengan lelaki (MSM), HIV meningkat

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pensyarah Perubatan, Kuliah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, Prof Dr Samsul Draman

KUALA LUMPUR —  Pengalaman pernah diliwat dan pengaruh rakan sebaya menjadi  faktor utama gejala hubungan seks lelaki dengan lelaki (MSM)  meningkat dalam kalangan lelaki muda.

Pensyarah Perubatan, Kuliah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, Prof Dr Samsul Draman berkata pengalaman dialami lelaki muda menjadi mangsa perlakuan seks di luar tabii, iaitu liwat, menyebabkan mangsa terpalit dengan trauma yang sukar dilupakan.

Dr Samsul berkata, kebanyakan daripada mereka menjadi mangsa ketika di peringkat bawah umur dan sering “terngiang-ngiang” pengalaman itu sehingga sukar mengawal nafsu mereka.

Beliau berkata masalah pengawalan nafsu mendorong mereka melakukan perkara di luar norma seperti homoseksual.

Katanya, pengaruh rakan sebaya, di mana tingkah laku berkenaan dianggap normal atau diterima menyebabkan kelompok itu cenderung meniru dan mencuba perkara sama.

“Terdapat juga ada kes secara realiti pengaruh rakan sebaya melakukan aniaya terhadap mangsa dengan meletakkan bahan terlarang seperti dadah ke dalam minuman mereka,” katanya kepada The Merdeka Times ketika mengulas isu lelaki profesional atau ‘kolar putih’ menjadi penyumbang utama dalam peningkatan kes HIV di negara ini.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), responden lelaki yang berhubungan Seks dengan Lelaki (MSM) di Malaysia mempunyai umur median 27 tahun dengan 34.8 peratus berada dalam usia 25-29 tahun.

Samsul berkata kelompok itu menjadikan hubungan MSM sebagai trend terbaharu dan kian dinormalisasikan golongan LGBT.

‘Data sememangnya menunjukkan hubungan MSM iaitu seks lelaki dengan lelaki sudah menjadi trend nombor  satu dan bukan lagi dadah.

“Sudut perubatan pula mendapati, HIV meningkat disebabkan MSM ini adalah pertamanya anggota badan yang dinamakan anus itu bukan dibuat untuk perkara itu (MSM).

“Tisu yang dipanggil ‘Columnar’ di ‘Anus’ itu amat nipis dan mudah terkoyak sehingga menjurus kepada jangkitan HIV yang serius,” katanya.

Mengulas lanjut, Samsul berkata lelaki muda yang bekerjaya turut menyumbang kepada kenaikan kes HIV di Malaysia.

“Golongan bekerjaya yang berlatar belakangkan pendidikan tinggi seperti ijazah sarjana muda dan ke atas biasanya menggunakan modus operandi melakukan MSM dengan cara yang terpelajar.

“Kebanyakan mereka menggunakan aplikasi Grindr, yang memudahkan mereka mencari pasangan sesama jantina samada dibayar atau suka sama suka,” kata Samsul — The Merdeka Times.

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *