Connect with us

Terkini

Leka berpolitik jejaskan masa depan – Abang Jo

Keberhasilan rancangan pembangunan bergantung kepada kestabilan politik negeri dan negara dalam merangka masa depan yang lebih cerah, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Wartawan TMT

Published

on

Leka berpolitik jejaskan masa depan - Abang Jo
Foto: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Keberhasilan rancangan pembangunan bergantung pada kestabilan politik negeri dan negara dalam merangka masa depan yang lebih cerah. – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • “Sarawak miliki kelebihan itu kerana letakkan perpaduan rakyat sebagai perkara utama bagi bentuk kestabilan politik mampan.”
  • “Kestabilan politik membolehkan pemimpin berfikir dengan baik apa yang hendak dilakukan untuk masa depan Sarawak.”
  • “Diakui sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Brunei baru-baru ini menyifatkan Sarawak sebagai contoh terbaik sebagai negeri terkuat di Malaysia,” katanya.

 

KUCHING: Keberhasilan rancangan pembangunan bergantung kepada kestabilan politik negeri dan negara dalam merangka masa depan yang lebih cerah, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Sarawak memiliki kelebihan itu kerana meletakkan perpaduan rakyat sebagai perkara utama bagi membentuk kestabilan politik mampan.

Justeru, katanya, budaya politiking yang merugikan harus dihentikan jika mahu negara mencapai aspirasi kejayaan demi kesejahteraan rakyat.

“Kestabilan politik membolehkan pemimpin berfikir dengan baik apa yang hendak dilakukan untuk masa depan Sarawak.

“Malah kita merangka beberapa cara baharu dalam melaksanakan transformasi Sarawak, namun jika anda sibuk berpolitik, anda tidak akan berjaya merangka masa depan,” katanya.

Beliau berucap semasa Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) bahagian Miri, di sini, pada Rabu.

Perkara itu, kata Abang Johari, diakui sendiri perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Brunei baru-baru ini yang menyifatkan Sarawak sebagai contoh terbaik sebagai negeri terkuat di Malaysia.

“Pada majlis malam di Brunei, perdana menteri berkata Semenanjung Malaysia harus belajar daripada Sarawak termasuk aspek menjana pendapatan menerusi ekonomi baharu yang akan mentransformasikan Sarawak khususnya dan amnya, Malaysia secara keseluruhan.

“Malah perkara turut disuarakan di hadapan tetamu kehormat dari Brunei, bagaimana beliau (Anwar) begitu menghargai kestabilan yang ditunjukkan oleh Sarawak,” katanya.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending