Connect with us

Terkini

‘Jika hasil kutipan judi RM400 juta sekalipun, saya tetap tutup,’ – MB Kedah

Kedah tidak rugi susulan penutupan sepenuhnya operasi premis judi di negeri itu, berikutan kutipan cukai aktiviti berkenaan hanya berjumlah RM400,000 pada 2021. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Jika hasil kutipan judi RM400 juta sekalipun, saya tetap tutup,’ - MB Kedah
Foto: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
  • “Pada 2021, keseluruhan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah hasil daripada cukai premis judi cuma sekitar RM400,000 sahaja, malah jika RM400 juta sekali pun saya tetap tutup premis judi. 
  • “Kesan buruk judi lebih teruk, ada kalangan masyarakat dan ahli keluarga jadi berselerak kerana ada bapa jadi tahi judi, balik rumah pukul anak dan isteri, jual harta dan curi duit hanya kerana gila judi.
  • “Judi tidak beri langsung untung pada negeri, kita lebih untung apabila masyarakat selamat. Saya harap tindakan ini dapat sokongan kerana ia selari tuntutan Islam,” 
  • “Kita akan pastikan penjualan arak hanya dibenarkan di kawasan didiami penduduk bukan Islam dan dalam jumlah munasabah, kita tidak halang orang bukan Islam minum arak, tapi ia tidak boleh dijual di tempat tidak ada orang mengambilnya,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

ALOR SETAR: Kedah tidak rugi susulan penutupan sepenuhnya operasi premis judi di negeri itu, berikutan kutipan cukai aktiviti berkenaan hanya berjumlah RM400,000 pada 2021. 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebaliknya penutupan premis judi mulai 1 Januari lalu, bakal memberi lebih banyak impak positif kepada masyarakat dan negeri pada masa hadapan. 

“Pada 2021, keseluruhan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah hasil daripada cukai premis judi cuma sekitar RM400,000 sahaja, malah jika RM400 juta sekali pun saya tetap tutup premis judi. 

“Kesan buruk judi lebih teruk, ada kalangan masyarakat dan ahli keluarga jadi berselerak kerana ada bapa jadi tahi judi, balik rumah pukul anak dan isteri, jual harta dan curi duit hanya kerana gila judi.

“Judi tidak beri langsung untung pada negeri, kita lebih untung apabila masyarakat selamat. Saya harap tindakan ini dapat sokongan kerana ia selari tuntutan Islam,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini. 

Kerajaan negeri pada November 2021 memutuskan tidak lagi memperbaharui semua lesen premis judi dengan lesen terakhir tamat pada 31 Disember 2022 sebagai usaha menjadikan Kedah sebagai kawasan bebas judi. 

Muhammad Sanusi berkata, penutupan premis judi sebenarnya dilakukan secara berperingkat sejak 2021 kerana bukan semua lesen judi tamat serentak dengan operator dimaklumkan lebih awal. 

Jelasnya, pihaknya turut mengesan ada premis judi yang lesennya tamat lebih awal, namun mengambil peluang meneruskan operasi kedai secara haram sehingga 31 Disember lalu. 

“Keputusan (tamat lesen) bukan drastik, operator sudah buat persiapan menukar jenis perniagaan mereka, cuma keadaan sikit panas semula baru-baru ini, tetapi ia tidak menjadi kudis kepada kerajaan negeri. 

“Mengenai dakwaan ada premis haram masih jual nombor ekor, saya serahkan kepada pihak berkuasa, apa-apa kegiatan tak berlesen ada agensi atau jabatan yang melakukan penguatkuasaan dan pantau,” katanya. 

Mengulas mengenai keputusan mengehadkan penjualan arak secara terbuka, beliau menegaskan arahan itu juga dimulakan pada 2021 membabitkan premis di kawasan ramai umat Islam. 

“Kita akan pastikan penjualan arak hanya dibenarkan di kawasan didiami penduduk bukan Islam dan dalam jumlah munasabah, kita tidak halang orang bukan Islam minum arak, tapi ia tidak boleh dijual di tempat tidak ada orang mengambilnya. 

“Di Singapura ada banyak amaran jelas melarang penduduknya minum arak dan memandu, Malaysia baharu hendak nasihat jangan minum dan memandu. Singapura lebih tegas dalam undang-undang berkaitan minuman keras, namun tidak ada pihak yang mengadu,” katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

Author