Connect with us

Terkini

Rawatan PrEP tidak bermaksud KKM sokong perlakuan songsang

Projek rintis penggunaan ubat rawatan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) di klinik kesihatan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV melalui seks bukan bermakna Kementerian Kesihatan (KKM) menyokong perlakuan songsang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rawatan PrEP tidak bermaksud KKM sokong perlakuan songsang
Foto: Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Mewujudkan rawatan PrEP bukan bermakna KKM sokong perlakuan songsang.
  • Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, rawatan ia juga membantu penagih dadah, pasangannya atau petugas kesihatan yang terpaksa merawat pesakit HIV.
  • Ujarnya, hak perubatan dan penjagaan kesihatan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

MELAKA, 14 Dis – Projek rintis penggunaan ubat rawatan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) di klinik kesihatan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV melalui seks bukan bermakna Kementerian Kesihatan (KKM) menyokong perlakuan songsang.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata apa yang penting

adalah bidang perubatan bertujuan merawat sesiapa sahaja dan bukannya menghukum. 

“Rawatan ini perlu dilihat lebih meluas kerana ia juga membantu penagih dadah, pasangan penagih dadah atau petugas kesihatan yang terpaksa merawat pesakit HIV.

Jadi apabila KKM hendak membantu penularan HIV, tidak bermakna KKM menyokong perlakuan songsang, justeru individu yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab perlu melihatnya dengan lebih teliti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan di media sosial berkaitan projek rintis PrEP memberi isyarat KKM menyokong perlakuan songsang.

Dr Muhamad Akmal berkata walaupun perbuatan seseorang itu boleh dikecam namun hak perubatan dan penjagaan kesihatan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

“Ada golongan tidak bersalah tetapi dijangkit HIV akibat kesilapan pasangan mereka, jadi kaedah rawatan atau pemberian ubatan itu perlu dilihat dengan perspektif yang lebih luas, katanya.

Sumber : BERNAMA

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *