Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia akan jadi hamba abdi jika kerajaan kekal terima CPTPP – PPIM

“Percaya atau tidak, kita akan terarah kepada menjadi hamba abdi dan perkara ini bukan cerita main-main dan bukan hendak menakut-nakutkan rakyat sebaliknya kita ada pakar dan bukti kajian terperinci untuk didedahkan,”ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan @ toqqi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Malaysia akan jadi hamba abdi jika kerajaan kekal terima CPTPP - PPIM
Foto: Datuk Nadzim Johan.
  • “Percaya atau tidak, kita akan terarah kepada menjadi hamba abdi dan perkara ini bukan cerita main-main dan bukan hendak menakut-nakutkan rakyat sebaliknya kita ada pakar dan bukti kajian terperinci untuk didedahkan,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @ toqqi.
  • Hal tersebut menggambarkan kebimbangan beliau terhadap penyertaan dan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
  • Menurutnya, Kerajaan harus keluar daripada perjanjian itu, jika tidak negara akan hadapi masalah cukup besar dan akan alami kerugian berlipat kali ganda berbanding keuntungan yang diperolehi hanya kepada satu pihak sahaja.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – “Percaya atau tidak, kita akan terarah kepada menjadi hamba abdi dan perkara ini bukan cerita main-main dan bukan hendak menakut-nakutkan rakyat sebaliknya kita ada pakar dan bukti kajian terperinci untuk didedahkan,”ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan @ toqqi

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh diterima pakai dalam negara kita kerana tidak mustahil kita akan menjadi hamba dan diperhambakan oleh pihak kapitalis yang beriya-iya mahukan CPTPP ini diterima pakai dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi melahirkan kebimbangan terhadap penyertaan dan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurutnya, Kerajaan perlu keluar pada perjanjian itu, jika tidak negara kita akan menghadapi masalah yang cukup besar dan akan mengalami kerugian yang berlipat kali ganda berbanding keuntungan yang diperolehi hanya kepada satu pihak sahaja.

Bukan itu sahaja, malah penyertaan Malaysia dalam CPTPP pasti akan memberi kesan negatif yang besar kepada petani, penternak dan nelayan serta keselamatan makanan dan kedaulatan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Cuba kita bayangkan sehinggakan kepada biji benih tanaman pun akan dikawal sehingga menyusahkan para petani, ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” ujarnya.

Kenapa pula kita hendak menyerahkan kedaulatan kepada pihak yang berkenaan dan sudah semestinya mengiktiraf CPTPP ini adalah kerja gila yang tidak pernah dibuat orang, jadi kita sebagai rakyat takkanlah hendak terima pula benda yang tak masuk akal? soalnya.

Tambah beliau, kalau kita lihat pasaran kita secara realitinya pun mana kita ada kehebatan untuk buka pasaran kepada luar yang jauh lebih maju, sangat jauh dan tidak sebanding dan ini yang akan menyebabkan kita akan hanyut dan diperhambakan.

Sebagai contohnya, ibarat kita hendak berlumba di dalam sukan Olimpik cuba bayangkan berapa jauh akan kita ketinggalan. Atau lebih mudahnya pasukan bola sepak dunia datang menyertai perlawanan liga bola sepak negara kita, boleh menang kah? Bukan saja confirm kalah, confirm pengsan punyalah!

Tetapi, inilah yang terjadinya dengan hal CPTPP ini contohnya pemimpin kita dengan angkuh berkata kita pun boleh masuk Olimpik juga. Walhal, sepatutnya ukurlah baju di badan sendiri dahulu.

“Pada saya perjanjian CPTPP ini memang boleh disamakan dengan penjajahan bentuk baru ala Perjanjian Pangkor 2.0,” katanya.

Perkara ini, samalah macam penghambaabdian dan akhirnya akan ke situ dan amat berkaitan rapat dengan agenda New World Order yang misinya untuk menguasai dunia dan kita pula boleh biarkan dan ibarat mengorbankan diri, cuba bayangkan? Ini semua perjanjian yang tidak masuk akal dan hanya akan merugikan kita sahaja.

Jelasnya lagi, orang yang pernah tanda tangan perjanjian ini pun bukan lagi di dalam Kerajaan, dan kita pun terpaksa menanggung hakikat dari perbuatan itu. Sebab itu, kita mendesak dan berharap Kerajaan hari ini dapat mengkaji dengan detail dan melihat semula seterusnya membatalkan perjanjian yang tidak masuk akal tersebut.

“Kalau masih was- was ambil semua input daripada stakeholder, kita kan masih ada stakeholder dengarlah cakap kita sama!” tegasnya.

Beliau berkata, kita menolak kerana benda ini tidak ada kepentingan pun untuk rakyat dan negara ini selain hanya menyusahkan di kemudian hari. Sehingga kini bukan sahaja orang Melayu, orang India dan orang Cina juga kebanyakkannya menolak perkara ini.

Sumber: Samudera

 

Author