Connect with us

Terkini

Bantu kepentingan umat Islam dulu, PPIM bantah LZS lantik farmasi bukan Muslim panel perubatan asnaf

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik farmasi bukan Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat, kecuali dalam keadaan tertentu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik farmasi bukan Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf yang membabitkan penggunaan duit zakat, kecuali dalam keadaan tertentu.
  • Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kecuali sesebuah kawasan itu tiada farmasi Muslim atau berlaku keperluan ‘darurat’.
  • Katanya, LZS sepatutnya melihat kepada kepentingan membangunkan ekonomi Islam sejajar hasrat menjaga kepentingan kelompok asnaf Muslim kerana ia membabitkan duit zakat.
  • “Saya nak tanya (ada daerah di Selangor lebih separuh farmasi panel adalah bukan Muslim) siapa yang buat keputusan itu, Tan Sri Aziz ke (Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) ataupun panel-panel di bawah ini?
  • “Saya protes perbuatan ini, tak ada sebab (bagi kepada bukan Muslim), tak ada sebab, kecuali dah tak ada (farmasi Muslim). Kita ini kena bantu peniaga Islam dulu,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini.
  • Beliau mengulas laporan pendedahan TMT semalam memetik kenyataan sumber industri farmasi berhubung isu LZS yang didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu.
  • “Benda-benda berkaitan amalan agama ini, harus diberi keutamaan kepada orang Islam sendiri…Tapi, saya tengok badan-badan agama sekarang ini, dia kurang sensitif,” kata Nadzim.

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik farmasi bukan Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat, kecuali dalam keadaan tertentu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kecuali sesebuah kawasan itu tiada farmasi Muslim atau berlaku keperluan ‘darurat’.

Katanya, LZS sepatutnya melihat kepada kepentingan membangunkan ekonomi Islam sejajar menjaga kepentingan kelompok asnaf Muslim kerana ia membabitkan duit zakat.

“Saya nak tanya (ada daerah di Selangor lebih separuh farmasi panel adalah bukan Muslim)  siapa yang buat keputusan itu, Tan Sri Aziz ke (Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) ataupun panel-panel di bawah ini?

“Saya protes perbuatan ini, tak ada sebab (bagi kepada bukan Muslim), tak ada sebab, kecuali dah tak ada (farmasi Muslim). Kita ini kena bantu peniaga Islam dulu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini.

Beliau mengulas laporan pendedahan TMT semalam memetik kenyataan sumber industri farmasi berhubung isu LZS yang didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu.

Mengulas lanjut, Nadzim yang lebih dikenali sebagai Tok Ki menyifatkan segelintir badan agama hari ini dilihat kurang sensitif dalam perkara melibatkan kepentingan umat Islam, termasuk isu pelantikan farmasi panel itu.

Katanya, masyarakat Islam perlu melihat bagaimana kaum dan penganut agama lain yang lebih prihatin menguruskan urusan mereka berbanding kelompok Muslim yang disifatkan mengambil mudah dalam urusan berkaitan kepentingan umat Islam.

“Benda-benda berkaitan amalan agama ini, harus diberi keutamaan kepada orang Islam sendiri…Tapi, saya tengok badan-badan agama sekarang ini, dia kurang sensitif.

“Dia buat (keputusan) pada dia (benda itu) mungkin tidak salah tapi pada saya dia (orang Islam) patut diberi priority (keutamaan) pasal orang bukan Islam biasanya tidak priority orang Islam dalam apa jua usaha dia seperti beli barang ke, beri kemudahan ke.

“Jadi zakat pun perlu sensitif lah, pasal saya tengok nampak banyak juga benefit yang patut diberi pada orang Islam yang dapat pada orang lain (bukan Muslim) jadi, kita beranggapan ini diberi priority,” kata Nadzim.

Nadzim berkata farmasi Muslim perlu diberi keutamaan dan dibantu terlebih dahulu sebelum persoalan berkaitan, termasuklah isu harga lebih murah dibangkitkan.Kita bukan nak cakap soal murah ja, kita nak bantu farmasi Islam kalau tidak, baik beli dekat Israel ja terus,” kata Nadzim sinis. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending