Connect with us

Terkini

PrEP percuma, ‘dos penggalak’ buat homoseks terus berfantasi – pesakit HIV

Pemberian ubat rawatan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada golongan songsang disifatkan umpama ‘dos penggalak’ buat komuniti itu terus hanyut dalam dunia ‘fantasi’.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polemik timbul apabila terdapat cadangan berikan PrEP percuma kepada golongan yang secara sukarela melibatkan diri dengan aktiviti sangat berisiko. 
  • “Langkah ini selain daripada mensia-siakan taxpayers money (sekiranya benar), ia seolah-olah satu “dos penggalak” untuk mereka terus hanyut dalam dunia fantasi. 
  • “Ia berpotensi buka floodgate kepada penyakit-berjangkit lain serta kelestarian gaya hidup tidak sihat. 
  • “Melihat kepada gaya hidup majoriti golongan gay, sepatutnya tiada masalah mereka berstatus HIV-negative biayai sendiri pembelian PrEP untuk melindungi diri daripada dijangkiti virus HIV.” – pesakit HIV, Abdullah (nama samaran).

 

KUALA LUMPUR – Pemberian ubat rawatan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada golongan songsang disifatkan umpama ‘dos penggalak’ buat komuniti itu terus hanyut dalam dunia ‘fantasi’.

Pesakit HIV atau People Living With HIV (PLHIV) yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah, tidak menafikan penggunaan PrEP merupakan salah satu langkah pencegahan HIV yang sangat efektif.

Bagaimanapun, katanya, polemik timbul apabila terdapat cadangan untuk memberikan PrEP percuma kepada golongan yang secara sukarela melibatkan diri dengan aktiviti sangat berisiko. 

“Langkah ini selain daripada mensia-siakan taxpayers money (sekiranya benar), ia seolah-olah satu “dos penggalak” untuk mereka terus hanyut dalam dunia fantasi. 

“Ia berpotensi membuka floodgate kepada penyakit-berjangkit lain serta kelestarian gaya hidup tidak sihat. Melainkan jika ada funders tertentu tidak membabitkan taxpayers money yang sudi untuk menaja pemberian PrEP percuma, by all means please go ahead.

“Melihat kepada gaya hidup majoriti golongan gay, sepatutnya tiada masalah mereka yang masih berstatus HIV-negative membiayai sendiri pembelian PrEP untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti virus HIV. 

“Harganya dalam lingkungan 100 sahaja sebotol untuk penggunaan selama 30 hari. So my argument is kalau you boleh berfesyen from head to toe, melancong serata dunia, berkereta menjalar berkilat, rumah berhias cantik, tiada alasan untuk mereka membelinya sendiri,” katanya kepada The Merdeka Times pada Jumaat lalu.

Beliau yang sudah lebih sembilan tahun berjuang melawan HIV berkata, situasi itu dilihat seolah-olah menutup kelompongan pada satu sisi sahaja, sementara sebelah lagi terlopong dan terdedah.

Katanya, ini kerana golongan tersebut juga perlu mengambil kira penyakit Jangkitan Kelamin (STI) seperti Sifilis, Gonorea serta penyakit yang lebih berbahaya daripada HIV itu sendiri iaitu Hepatitis C, B, dan Tibi.

“Ubat Prep itu sama sahaja jenisnya dengan ubat Highly active antiretroviral therapy (HAART) yang dibekalkan kepada PLHIV di mana pernah berlaku kepada saya sendiri, bekalan ubat terpaksa dicatu pihak farmasi hospital akibat kekurangan stok bekalan. 

So, kalau hospital atau klinik kerajaan nak bagi PrEP percuma kepada golongan bukan PLHIV apakah guarantee yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh beri kepada PLHIV seperti kami agar tidak berlaku lagi shortage of supply.

“Tambahan pula, PrEP kini aktif dipromosikan sebagai langkah pencegahan daripada mendapat jangkitan HIV. Namun, mentaliti dan persepsi kumpulan sasaran ini, melihatnya mereka boleh terus melakukan hubungan seks bebas tanpa sebarang perlindungan atau perlu bimbang dijangkiti HIV. 

“Mungkin pihak-pihak yang berkenaan boleh fikirkan faktor ini dan seterusnya address it properly,” katanya.

Abdullah juga mengatakan beliau tidak pasti jika wujud sebarang bentuk kempen jauhi seks songsang di negara ini yang dijalankan oleh mana-mana badan bertanggungjawab.

Tegasnya, kita memerlukan kempen sebegitu yang bersifat agresif.

Beliau yang mendapatkan rawatan antiretroviral (ARV) sejak 2014 telah dijangkiti HIV akibat seks bebas dan penyalahgunaan dadah untuk mencapai kepuasan seksual.

“Realiti hari ini di dalam komuniti gay ialah, berleluasanya penggunaan recreational drugs – syabu, ecstasy, ketamin, ganja, liquid ecstasy  ataupun G water dan banyak lagi di mana ia tidak lagi digunakan di kelab malam tetapi diguna dalam bilik tidur atau mana-mana ruang.

“Kebanyakannya ataupun selalunya all these substances are used to prolong the hours of sex, intensity and maximize sexual pleasure

“Dadah ini pula tidak lagi sekadar diambil secara oral tetapi trend popular pada masa kini ialah termasuk melalui jarum suntikan. Masalah timbul apabila berada di bawah pengaruh dadah, soal keselamatan, perlindungan diri dan sebagainya tidak lagi diambil kira. 

“Matlamat utama pada ketika itu adalah hanya untuk mencapai kepuasan seksual. Maka, pada hari ini, kita boleh lihat trend hubungan seks sesama lelaki tanpa menggunakan sebarang perlindungan iaitu kondom adalah sangat meluas dan in-demand,” katanya.

Katanya, statistik KKM untuk beberapa tahun ini jelas menunjukkan kadar jangkitan HIV tertinggi adalah kategori homoseksual. 

Kementerian Kesihatan dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan di antara pengamal perubatan terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending