Antarabangsa
Piala Dunia 2022: Negara Islam cadang ‘armband’ tingkat kesedaran Islamofobia
Negara-negara Islam masih dalam perbincangan untuk membenarkan pemain memakai ‘armband’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai Islamofobia yang semakin meningkat
- Negara-negara Islam masih dalam perbincangan untuk membenarkan pemain memakai ‘armband’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai Islamofobia.
- Lilitan lengan itu akan memaparkan perkataan “Tiada tempat untuk Islamophobia” dan corak kefiyeh Palestin, kata seorang pegawai kanan Qatar.
- Juruterbang dari Jeddah, Arab Saudi, Yusef berkata, idea ‘armband’ itu sesuatu yang bagus memandangkan Islam dipandang buruk di seluruh dunia.
- FIFA memaklumkan tidak mengetahui mengenai sebarang cadangan dan pertikaian mengenai lilitan lengan itu.
DOHA – Negara-negara Islam masih dalam perbincangan untuk membenarkan pemain memakai ‘armband’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai Islamofobia yang semakin meningkat
Seorang pegawai kanan Qatar berkata lilitan lengan itu akan memaparkan perkataan “Tiada tempat untuk Islamophobia” dan corak keffiyeh Palestin untuk pemain Qatar, Arab Saudi serta Maghribi.
“Apabila cadangan lilitan dibincangkan dengan FIFA, dimaklumkan yang ia akan melanggar peraturan dan tidak akan dibenarkan.
“Pasukan menerima keputusan itu, namun berasa kecewa kerana isu penting seperti ini memberi impak negatif kepada berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia,” katanya dipetik Sky News.
FIFA memaklumkan tidak mengetahui mengenai sebarang cadangan dan pertikaian mengenai lilitan lengan itu.
FIFA sebelum ini melarang England dan Wales menyertai orang Eropah lain memakai pakaian memaparkan “One Love” – untuk menarik perhatian secara halus kepada anti-LGBT Qatar.
Juruterbang dari Jeddah, Arab Saudi, Yusef berkata, idea ‘armband’ itu sesuatu yang bagus memandangkan Islam pada masa kini dipandang buruk di seluruh dunia.
“Jadi sebenarnya sesuatu yang bagus bahawa orang sebenarnya mengubah pemikiran mereka dan… ia adalah idea yang sempurna,” katanya.
Sumber: Skynews