Antarabangsa
Keputusan penarikan larangan hubungan gay di Singapura tiada makna, Keluarga lesbian pindah ke AS
Pasangan lesbian dari Singapura berpendapat keputusan parlimen menarik balik larangan hubungan gay tidak memberi apa-apa makna kepada keluarga mereka.

- Pasangan lesbian dari Singapura berpendapat keputusan parlimen menarik balik larangan hubungan gay tidak memberi apa-apa makna kepada keluarga mereka.
- Olivia Chiong dan isterinya, Irene Chiong merasakan seolah-olah kerajaan Singapura memutuskan bahawa mereka anak- beranak tidak layak menetap di sana selepas anak mereka dinafikan taraf pemastautin tetap.
- Mereka sekeluarga berhijrah ke Amerika Syarikat sejak 2016 bagi memastikan kedua anak perempuan, Zoey dan Vicky dapat bersekolah.
- Chiong, yang bekerja sebagai pengurus produk di Seattle, Amerika Syarikat berkata, keluarganya tidak bercadang untuk kembali ke Singapura.
SINGAPURA – Pasangan lesbian dari Singapura berpendapat keputusan parlimen menarik balik larangan hubungan gay tidak memberi apa-apa makna kepada keluarga mereka.
Olivia Chiong dan isterinya, Irene Chiong, merasakan seolah-olah Kerajaan Singapura memutuskan bahawa mereka anak- beranak tidak layak menetap di republik itu.
Atas sebab itu, mereka sekeluarga berhijrah ke Amerika Syarikat sejak 2016 bagi memastikan kedua anak perempuan, Zoey dan Vicky dapat bersekolah.
Zoey, 9 dan Vicky, 5, masing-masing bersekolah di sekolah rendah.
Dilahirkan di Indonesia, Chiong yang tinggal di Singapura selama beberapa dekad dan mendapat taraf pemastautin tetap serta melahirkan anak pertama mereka di Singapura mendakwa anak perempuan pertamanya, Zoey tidak diberikan taraf pemastautin tetap.
Chiong berkata Kerajaan Singapura tidak menjelaskan alasan lanjut ketika menolak permohonan pemastautin anaknya itu.
Tanpa pemastautin tetap atau pas pelajar, sekolah swasta Singapura pun tidak boleh didaftarkan untuk anak-anak mereka.
Ekoran itu, Chiong menyifatkan pemansuhan undang-undang gay itu sebagai “satu langkah ke hadapan dan 10 langkah ke belakang”.
“Apa yang kerajaan cuba lakukan? Adakah mereka cuba memberitahu, ‘Hantar anak anda’?” katanya ketika ditemubual agensi berita Reuters.
Chiong, yang bekerja sebagai pengurus produk di Seattle, Amerika Syarikat (AS) berkata, keluarganya tidak bercadang untuk kembali ke Singapura.
“Di AS, anda tidak tahu siapa di sekolah atau dalam kelas adalah orang Amerika atau tidak. Mereka mendidik setiap kanak-kanak. Mereka melayan setiap kanak-kanak sama,” katanya.
Sumber: Reuters
