Antarabangsa
Afghanistan: Taliban larang wanita bekerja dengan NGO
Arahan kerajaan sementara Afghanistan diterajui Taliban melarang wanita bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan langkah itu melanggar hak asasi.
- Pemerintah Taliban yang menerajui kerajaan sementara Afghanistan mewajarkan tindakan itu dengan mengatakan kakitangan NGO wanita melanggar kod berpakaian kerana tidak memakai tudung/menutup aurat.
- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengkritik langkah itu dengan mengatakan ia akan “memusnahkan rakyat Afghanistan”.
- Pekerja-pekerja NGO wanita warga Afghanistan memberitahu BBC tentang ketakutan dan “ketidakberdayaan” mereka.
- Mereka turut mempersoalkan “akhlak Islam” Taliban kerana ada di antara wanita terbabit yang menyara keluarga.
- Larangan wanita bekerja dengan NGO itu berkuat kuasa Sabtu lalu menerusi surat daripada Kementerian Ekonomi kepada NGO nasional dan antarabangsa.
KABUL – Arahan kerajaan sementara Afghanistan diterajui Taliban melarang wanita bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan langkah itu melanggar hak asasi.
Pemerintah Taliban mewajarkan tindakan itu dengan mengatakan kakitangan NGO wanita melanggar kod berpakaian kerana tidak memakai tudung/menutup aurat.
Perintah itu dibuat beberapa hari selepas wanita dilarang mengikuti pengajian di peringkat universiti.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengkritik langkah itu dengan mengatakan ia akan “memusnahkan rakyat Afghanistan”.
Pekerja-pekerja NGO wanita warga Afghanistan memberitahu BBC tentang ketakutan dan “ketidakberdayaan” mereka.
Salah seorang daripada mereka bertanya: “Jika saya tidak boleh pergi bekerja, siapa yang boleh menyara keluarga saya?”.
Seorang lagi menyifatkan keputusan pemerintah Taliban itu “mengejutkan” dan menegaskan dia mematuhi peraturan berpakaian Taliban yang ketat.
Seterusnya, wanita ketiga mempersoalkan “akhlak Islam” Taliban berkata, dia kini bergelut untuk membayar bil-bil dan memberi makan anak-anaknya.
“Dunia memerhati kami dan tidak melakukan apa-apa,” kata seorang lagi wanita ketika ditemubual BBC. Keempat-empat wanita ini tidak didedahkan nama mereka untuk tujuan keselamatan.
Perintah itu berkuat kuasa Sabtu lalu menerusi surat daripada Kementerian Ekonomi kepada NGO nasional dan antarabangsa. Ia mengancam untuk membatalkan lesen mana-mana organisasi yang tidak segera mematuhinya.
Sebagai penjelasan, surat kementerian berkenaan berkata wanita melanggar undang-undang syariah kerana gagal memakai tudung.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan Blinken berkata beliau amat prihatin, sambil menambah bahawa ia “akan mengganggu bantuan penting dan menyelamatkan nyawa kepada berjuta-juta”.
“Wanita adalah pusat kepada bantuan kemanusiaan di seluruh dunia. Keputusan ini boleh memusnahkan rakyat Afghanistan,” kata Blinken.
Ia juga digambarkan sebagai “pelanggaran jelas prinsip kemanusiaan” oleh seorang pegawai kanan PBB.
Taliban mengambil alih pucuk pimpinan Afghanistan susulan kejatuhan kerajaan terdahulu yang disokong barat ekoran pengunduran tentera Amerika Syarikat pada Ogos tahun lalu.
Sumber: BBC
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times