Connect with us

Terkini

STAR sokong pembentukan kerajaan perpaduan

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan keterbukaannya untuk menyokong pembentukan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

STAR sokong pembentukan kerajaan perpaduan
Foto: Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan
  • “Memandangkan kebuntuan politik melanda negara dan mempertimbangkan saranan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, ini mungkin satu penyelesaian terbaik buat masa ini.” – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 
  • Bagi memastikan kerajaan perpaduan berfungsi baik, ia mesti inklusif dan merangkumi kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipilih.

 

KOTA KINABALU – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan keterbukaannya untuk menyokong pembentukan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan percaya ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan negara bergerak ke hadapan.

“Memandangkan kebuntuan politik melanda negara dan mempertimbangkan saranan Agong (Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, ini mungkin satu penyelesaian yang terbaik buat masa ini.

“Bagi kami di STAR, kami terbuka untuk menyokong kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan bagi memastikan kerajaan perpaduan itu berfungsi dengan baik, ia mesti inklusif dan merangkumi kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipilih.

Katanya, mekanisme kerajaan perpaduan mesti diwujudkan dengan jelas supaya ia berfungsi dengan berkesan.

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan negara adalah perkara penting ketika ini

“Negara harus bergerak maju ke hadapan. Untuk itu kita mesti mempunyai kestabilan,” katanya.

 

Katanya lagi, pendirian STAR itu akan disampaikan kepada rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang lain.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *