Terkini
Pengundi PKR gesa calon Sungai Buloh ditukar, bimbang KJ menang
Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli maklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.
- Para penyokong PKR gesa calon parti itu ditukar susulan pengumuman BN yang meletakkan Khairy Jamaluddin di kerusi Parlimen tersebut.
- “Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” – Rafizi Ramli.
- Di ruangan komen akaun Twitter @rafiziramli, rata-rata penyokong PKR luahkan kebimbangan dengan kehadiran KJ yang disifatkan calon kuat, berwibawa sekaligus mampu menyebabkan Sungai Buloh jatuh ke tangan BN.
- Mereka harapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat keputusan tepat sebelum terlambat.
KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemilihan calon parti itu di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, langkah itu diambil susulan daripada maklum balas diterima daripada pengundi di kawasan tersebut.
“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” katanya menerusi satu hantaran di Twitternya pada Rabu.
PKR pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh bagi menggantikan penyandangnya R Sivarasa.
Bagaimanapun, para penyokong PKR menggesa calon parti itu ditukar segera susulan pengumuman BN pada Selasa yang meletakkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk bersaing di kerusi Parlimen tersebut.
Di ruangan komen akaun Twitter @rafiziramli, rata-rata penyokong PKR meluahkan kebimbangan dengan kehadiran Khairy Jamaluddin yang disifatkan sebagai calon yang kuat, berwibawa sekaligus mampu menyebabkan Sungai Buloh jatuh ke tangan BN.
Justeru, mereka mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan yang tepat sebelum terlambat.
Antara ciapan lain;
Malah, ada diantara mereka menyarankan agar Dato Hans Isaac diletakkan di Sungai Buloh bagi mengimbangi populariti Khairy Jamaluddin.
Pada PRU14, Sivarasa berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan memperolehi sebanyak 43,631 undi dan majoriti 26,634 dalam persaingan empat penjuru membabitkan calon daripada MIC, Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

You must be logged in to post a comment Login