Connect with us

Terkini

Hishamuddin setia kepada UMNO, bersedia BN jadi pembangkang

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan tetap setia kepada UMNO dan bersedia jika Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hishamuddin setia kepada UMNO, bersedia BN jadi pembangkang
Foto: Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan tetap setia kepada UMNO dan bersedia jika Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang.

Hishamuddin berkata, ketika ini terdapat banyak spekulasi tentang apa yang sedang berlaku berhubung pembentukan kerajaan.

Katanya, dalam apa juga formula mahupun rundingan, pendirian beliau jelas dan tidak akan berkompromi.

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu.”

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya; serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain,” katanya di hantaran Facebook hari ini.

Sebelum ini Hishammuddin menyatakan beliau rela dipecat oleh parti daripada menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) iaitu “No Anwar, No DAP”.

Dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu, BN kalah teruk di peringkat Parlimen dengan hanya memperoleh 30 kerusi selain turut tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Perak dan Pahang. – The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Hishammuddin Hussein

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *