Connect with us

Antarabangsa

Thailand halalkan wanita gugur kandungan sehingga berusia 20 minggu kuat kuasa esok

Thailand membenarkan wanita menggugurkan kandungan yang berusia sehingga 20 minggu secara sah berkuat kuasa esok susulan keputusan Kementerian Kesihatan Awam mengenai konsultasi dan pemeriksaan untuk wanita hamil, lapor The Thaiger.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Thailand halalkan wanita gugur kandungan sehingga berusia 20 minggu kuat kuasa esok
Foto: Sumber Human Right Watch.
  • Thailand membenarkan wanita menggugurkan kandungan berusia sehingga 20 minggu secara sah berkuat kuasa esok susulan keputusan Kementerian Kesihatan Awam mengenai konsultasi dan pemeriksaan untuk wanita hamil.
  • Garis panduan baharu itu akan dilaksanakan di 110 hospital dan klinik di seluruh negara.
  • Thailand sebelum ini membenarkan pengguguran kandungan berusia 12 minggu.
  • Melalui garis panduan itu, wanita berada dalam situasi di mana dia tidak mampu atau tidak bersedia melahirkan dan membesarkan anak dapat terima bantuan dan penjagaan kesihatan diperlukan.
  • Ia juga akan halang doktor melakukan pengguguran sehingga 20 minggu daripada menghadapi pendakwaan undang-undang.

Thailand membenarkan wanita menggugurkan kandungan yang berusia sehingga 20 minggu secara sah berkuat kuasa esok susulan keputusan Kementerian Kesihatan Awam mengenai konsultasi dan pemeriksaan untuk wanita hamil, lapor The Thaiger.

Garis panduan baharu itu akan dilaksanakan di 110 hospital dan klinik di seluruh negara.

Sebelum ini negara Gajah Putih itu membenarkan pengguguran kandungan berusia 12 minggu.

Difahamkan, melalui garis panduan baharu itu, wanita yang berkemungkinan berada dalam situasi di mana dia tidak mampu atau tidak bersedia melahirkan dan membesarkan anak dapat menerima bantuan dan penjagaan kesihatan diperlukan.

Perkara itu diluluskan Majlis Perubatan Thai selepas mereka mendapati ia mengikut prinsip perlembagaan yang sepatutnya menjamin hak dan kawalan warga Thai ke atas tubuh dan nyawa mereka. 

Keputusan itu juga dilaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Biro Kesihatan Reproduktif.

Garis panduan baharu itu dilihat sebagai pencapaian besar bagi penyokong pro-pilihan yang menyeru agar pengguguran dihalalkan di Thailand selama lebih sedekad. 

Thailand dibelenggu dengan isu kehamilan yang tidak berdaya maju atau tidak diingini dan kekurangan sokongan tersedia untuk wanita hamil dalam bahaya.

Menerusinya, wanita dapat berunding dengan pakar untuk memahami dan menilai kehamilan dan pilihan mereka. 

Ramai wanita Thailand tidak mahu mengandung sehingga cukup bulan, namun dalam waktu sama takut dengan tekanan sosial atau agama yang menghalang mereka daripada menggugurkan kandungan.

Undang-undang baharu itu akan membenarkan wanita mengakses perundingan sebelum melakukan pengguguran selain menghalang doktor yang melakukan pengguguran sehingga 20 minggu berdepan dengan pendakwaan undang-undang.

Sumber: The Thaiger

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *