Connect with us

Terkini

Semua negeri berhak bubar DUN bila-bila masa, PRU15 diteruskan – PM

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Semua negeri berhak bubar DUN bila-bila masa, PRU15 diteruskan - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • PRU15 akan diteruskan meskipun beberapa negeri enggan bubar DUN.
  • “(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri. “ – Perdana Menteri.

JASIN – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.

“(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri.

“Jadi pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 di sini pada Jumaat.

Pada masa sama, dua negeri iaitu Pahang dan Perlis mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kedua-dua negeri tersebut berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada Khamis, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara,  Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) mengesahkan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing bersekali dengan Parlimen.

Namun, media melaporkan bahawa Pulau Pinang dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung penentuan keputusannya pada hari ini.

Baki empat lagi negeri iaitu Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak sudah pun mengadakan pilihan raya negeri (PRN) masing-masing sebelum ini.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *