Connect with us

Antarabangsa

Rishi Sunak haramkan institut China di universiti UK

Pengharaman Institut Confucius yang kontroversi di universiti-universiti Britain sedang dilaksanakan pantas pihak berkuasa untuk memenuhi ikrar kempen pilihan raya Rishi Sunak, demikian lapor The Telegraph.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rishi Sunak tutup institut kebudayaan China di universiti UK
Foto: Sumber The Telegraph.
  • Pihak berkuasa Britain memulakan kerja-kerja penutupan Institut Confucius di universiti-universiti di negara itu.
  • Ia merupakan hasrat Perdana Menterinya, Rishi Sunak dalam ikrar kempen pilihan raya pada musim panas yang lalu.
  • Difahamkan, perkara itu juga merupakan hasrat Perdana Menteri terdahulu, Liz Truss sebelum beliau meletak jawatan.
  • Siasatan sebuah badan pemikir mendapati hanya empat daripada 30 Institut Confucius di Britain yang benar-benar menyediakan pendidikan “budaya dan bahasa” dengan selebihnya menjalankan aktiviti lain, termasuk memanipulasi pendirian politik.

Penutupan Institut Confucius yang kontroversi di universiti-universiti Britain sedang dilaksanakan pihak berkuasa untuk memenuhi ikrar kempen pilihan raya Rishi Sunak, demikian lapor The Telegraph.

Perdana Menteri baharu negara itu membuat pengumuman semasa kempen kepimpinan musim panas yang beliau akan menutup 30 institut kebudayaan China selepas melabelkan China sebagai “ancaman terbesar kepada Britain serta keselamatan dan kemakmuran dunia di abad ini”.

Institut-institut berpusat di universiti seluruh Britain ditubuhkan untuk mengajar budaya dan bahasa kepada pelajar antarabangsa. 

Bagaimanapun, ia dituduh menjadi barisan depan Parti Komunis China untuk mengekang pandangan kritikal terhadap China.

Difahamkan, Liz Truss selaku bekas Perdana Menteri memberitahu ahli parlimen sebelum meletak jawatan minggu lalu yang dia mengarahkan persiapan rundingan mengenai pengharaman institut itu.

Pihak berkuasa akan meneruskan kerja itu susulan pelantikan Sunak sebagai Perdana Menteri kerana beliau berdepan tekanan daripada pihak Konservatif China.

Institut itu diharamkan di negara lain seperti Sweden. Amerika Syarikat juga menyekat Institut Confucius dengan mengehadkan pembiayaan kepada mana-mana universiti yang menjadi tuan rumah kepada mereka.

Kajian Henry Jackson Society diterbitkan bulan ini mendapati pihak berkuasa China menapis kakitangan institut-institut itu di Britain berdasarkan pandangan politik dan latar belakang etnik mereka.

Siasatan badan pemikir itu juga mendapati hanya empat daripada 30 Institut Confucius Britain yang ditubuhkan Kerajaan China yang benar-benar menyediakan pendidikan “budaya dan bahasa”.

Majoriti institut terbabit menjalankan aktiviti lain, termasuk memanipulasi pendirian politik, menurut penyelidikan itu.

Sumber: Telegraph UK

 

Author