Connect with us

Terkini

Netizen tolak Anwar, sifatkan beliau ‘kaki sembang’

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan janji Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memotong kadar elaun dan gaji Perdana Menteri, sekiranya diberikan mandat sebagai PM selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai satu lagi penipuan pemimpin itu untuk meraih sokongan rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Netizen tolak Anwar, sifatkan beliau ‘kaki sembang’
  • Ini berikutan, mereka mendakwa manifesto ataupun janji dikemukakan kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kebanyakannya tidak berjaya ditunaikan dalam tempoh 100 hari tampuk pemerintahan kerajaan tersebut.
  • Mereka juga seolah masih dihantui beberapa ayat yang pernah dimainkan terdahulu iaitu, ‘hari ini kahwin, takkan esok beranak’ dan ‘hari ini menang, esok sebelum subuh minyak turun’. 
  • Menerusi pemerhatian The Merdeka Times di Facebook dan Instagram didapati majoriti pengguna media sosial seolah hilang percaya kepada kepimpinan tersebut.
  • Antara janji PH sebelum ini yang didakwa gagal ditunaikan adalah berkenaan menangguhkan pembayaran PTPTN, pemansuhan tol, hapuskan hutang peneroka Felda.

KUALA LUMPUR – Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan janji Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memotong kadar elaun dan gaji Perdana Menteri, sekiranya diberikan mandat sebagai PM selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai satu lagi penipuan pemimpin itu untuk meraih sokongan rakyat.

Ini berikutan, mereka mendakwa manifesto ataupun janji yang dikemukakan kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kebanyakannya tidak berjaya ditunaikan dalam tempoh 100 hari tampuk pemerintahan kerajaan tersebut.

Mereka juga seolah masih dihantui beberapa ayat yang pernah dimainkan terdahulu iaitu,
‘hari ini kahwin, takkan esok beranak’ dan ‘hari ini menang, esok sebelum subuh minyak turun’.

Menerusi pemerhatian The Merdeka Times di beberapa platform media sosial seperti Facebook dan Instagram didapati majoriti pengguna media sosial seolah hilang percaya kepada kepimpinan tersebut.

Antara komen di Facebook:

Sementara komen di Instagram pula, terdapat individu yang mempersoalkan adakah ahli politik hari ini masih berfikir bahawa rakyat terlalu bodoh untuk membuat penilaian dan membenarkan diri mereka diperbodohkan dengan janji-janji palsu ahli politik semasa berkempen di Pilihan Raya Umum.

Berikut tangkapan layar The Merdeka Times di Instagram;

Dalam pada itu, jika kita mengimbas semula tanggal 9 Mei 2018 yang menyaksikan  kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 60 tahun.

Sebelum itu, terdapat pelbagai manifesto yang telah dilaungkan oleh PH yang terdiri daripada empat parti pembangkang iaitu DAP, PKR, Amanah dan Bersatu, di mana gabungan tersebut kemudiannya memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada ketika itu dan memerintah selama 22 bulan.

Bagaimanapun, PH ketika itu dikatakan gagal menunaikan sebahagian besar janji mereka kepada rakyat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran. Antara janji yang didakwa gagal ditunaikan PH adalah;

  1. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
  2. Menghapuskan hutang peneroka Felda.
  3. Pemansuhan tol, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan janji itu gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi terpaksa ditanggung kerajaan seandainya ia dilaksanakan.
  4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditunaikan dengan diletakkan kadar sifar peratus namun didakwa banyak ketirisan berlaku dalam sistem cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dianggap sebagai langkah ke belakang.

Pada masa sama, tahun 2021 menyaksikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan sebahagian besar manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tempoh hari.

Author