Connect with us

Terkini

Kaunselor gesa Caprice henti kupas isu aib orang lain

Seorang kaunselor, Mokhtar Mohammed memuat naik video teguran di TikToknya secara terbuka kepada penyanyi rap, Caprice agar segera berhenti mengupas segala isu membabitkan aib orang lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kaunselor gesa Caprice henti kupas isu aib orang lain
Foto: Penyanyi rap, Caprice.
  • Seorang kaunselor, Mokhtar Mohammed muat naik video teguran di TikTok kepada penyanyi rap, Caprice agar segera berhenti kupas isu membabitkan aib orang lain.
  • Mokhtar minta Caprice tidak lagi cari kesalahan sesetengah pihak dan kemudian gunakan platform media sosial untuk jadikan perkara itu bahan tular.
  • Perbuatan buka aib orang lain merupakan perbuatan tidak baik dan dimarahi Allah serta Rasulullah.
  • “Ini pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka orang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah.”
  • “Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia.”

PETALING JAYA – Seorang kaunselor, Mokhtar Mohammed memuat naik video teguran di TikToknya secara terbuka kepada penyanyi rap, Caprice agar segera berhenti mengupas segala isu membabitkan aib orang lain.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Mokhtar meminta Caprice untuk tidak lagi mencari kesalahan sesetengah pihak dan kemudian menggunakan platform media sosial untuk dijadikan perkara itu sebagai bahan tular.

Jelasnya, perbuatan membuka aib orang lain merupakan perbuatan yang tidak baik dan dimarahi oleh Allah serta Rasulullah.

“Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu. Masya-Allah.

“Ini pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah,” pesannya.

Katanya lagi, dia tidak membela mana-mana pihak, namun hanya memberi teguran ke atas tindakan yang salah.

“Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia.

“Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

Author