Komuniti
Isu R.I.P : bukan Islam jangan masuk campur urusan muslim – Apek Cina
Kata Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How ketika membidas kenyataan daripada beberapa individu bukan beragama Islam yang mempertikaikan larangan ke atas muslim untuk menggunakan ucapan Rest In Peace (R.I.P) bagi mereka yang sudah meninggal dunia.
- Masyarakat bukan Islam sewajarnya membiarkan golongan muslim mengendalikan hal dalaman mereka sendiri tanpa campur tangan daripada pihak tidak terkait.
- Pihak tersebut tidak seharusnya membuat hantaran bersifat provokasi malah beliau melarang orang bukan Islam daripada mengkritik atau mengutuk agama lain kerana mereka sendiri tidak suka agama mereka diperlakukan sedemikian.
- “Buddha pernah melarangkan minum arak dan bunuh haiwan dalam lima Pancasilla. Ada tengok pemimpin Islam kutuk ajaran Buddha ini?”
- Anda sendiri yang lawan ajaran Buddha pergi mabuk dan bunuh haiwan, anda pun nak orang Islam ikut cara kamu? Habis Muslim tak nak cakap RIP apa kena mengena dengan anda?” – Apek Cina.
KUALA LUMPUR – “Just mind your own business.”
Kata Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How ketika membidas kenyataan daripada beberapa individu bukan beragama Islam yang mempertikaikan larangan ke atas muslim untuk menggunakan ucapan Rest In Peace (R.I.P) bagi mereka yang sudah meninggal dunia.
Peguam itu berkata, masyarakat bukan Islam sewajarnya membiarkan golongan muslim mengendalikan hal dalaman mereka sendiri tanpa campur tangan daripada pihak tidak terkait.
Jelasnya, pihak tersebut tidak seharusnya membuat hantaran yang bersifat provokasi malah beliau melarang bukan muslim daripada mengkritik atau mengutuk agama lain kerana mereka sendiri tidak suka agama mereka diperlakukan sedemikian.
Menerusi hantaran di Facebook Ulasan Apek Cina, beliau menjelaskan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan melarang umat Islam mengucapkan Rest In Peace, namun beliau dapati terdapat segelintir masyarakat bukan Islam ‘bising’ berkenaan larangan tersebut sedangkan reaksi dari agama Islam sendiri tidak sekeras itu.
Justeru, beliau persoalkan kepada mereka bukan Islam, “Apa hal dengan korang ni?”
“Buddha pernah melarangkan minum arak dan bunuh haiwan dalam lima Pancasilla. Ada tengok pemimpin Islam kutuk ajaran Buddha ini?
Anda sendiri yang lawan ajaran Buddha pergi mabuk dan bunuh haiwan, anda pun nak orang Islam ikut cara kamu? Habis Muslim tak nak cakap RIP apa kena mengena dengan anda?”
Dalam pada itu, beliau juga berkata, Pope ( Paus ) Katolik telah mengeluarkan panduan pada 22 Jun 2022 agar tidak melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, namun di situasi sebegitu menurutnya tiada pula penganut agama itu yang kononnya mempunyai minda terbuka mempertikaikan tindakan Pope.
“Paderi-Paderi, institut Katolik melarangkan hubungan LGBT, korang ada buat bising kata mereka kolot?” soalnya yang turut menegaskan agar pihak berkenaan menguruskan hal sendiri tanpa mencampur urusan agama lain.
Sebelum ini, penggunaan ucapan Rest In Peace (R.I.P) menimbulkan pertikaian ramai susulan kematian Ratu Elizabeth II sehingga ada yang mempersoalkan penggunaannya oleh umat Islam.
Susulan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata umat Islam perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan tersebut.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa seorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas. Jelasnya, ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” itu merupakan doa yang dibacakan orang bukan Islam.
Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina