Connect with us

Terkini

Guru luah keseronokan mengajar dirompak dengan lambakan tugas lain

‘Kerja mengajar guru dirompak oleh pelbagai kerja bukan mengajar yang lama kelamaan menjadikan profesion guru tidak bererti lagi, setiap menteri pelajaran harus berani kaji bentang satu persatu tugas mengajar agar guru kembali fokus bertugas bagi mendidik anak bangsa,’

Wartawan TMT

Published

on

Guru luah keseronokan mengajar dirompak dengan lambakan tugas lain
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tugas guru yang dibebani dengan kerja bukan mengajar menjadikan profesion guru tidak bererti lagi menurut perkongsian warga maya di Facebook. 
  • Rata-rata netizen berkongsi, guru dibebani dengan tugas pentadbiran dan melibatkan kerja daripada jabatan sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar. 
  • Bebanan tugas guru menyebabkan guru mengalami ‘stres’ dan keletihan kerana lambakan tugas yang berlebihan.
  • Bagaimanapun, isu melibatkan ‘beban guru berlebihan’ telah lama dikaji namun masih tidak menemui jalan penyelesaian.

KUALA LUMPUR – ‘Kerja mengajar guru dirompak oleh pelbagai kerja bukan mengajar yang lama kelamaan menjadikan profesion guru tidak bererti lagi, setiap menteri pelajaran harus berani kaji bentang satu persatu tugas mengajar agar guru kembali fokus bertugas bagi mendidik anak bangsa,’

Demikian kenyataan warga maya yang berkongsi pendapat mengenai beban tugas guru yang berlebihan menerusi ruangan komen Facebook, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengenai ‘Beban Tugas Guru Halang Transformasi’

Menurut hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju bahawa guru dibebani dengan tugas yang berlebihan sehingga menjejaskan prestasi guru sebagai pendidik. 

Menurut komen Rokiah Mahdar, beliau berkata “Mengajar bukan satu bebanan, malah suatu kerja yang menyeronokkan, yang menjadi beban adalah program yang pelbagai sehingga kadang kala mengganggu Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) murid, belum nampak hasil program, datang program lain lagi, memang stress,” katanya di ruangan Facebook. 

Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa bebanan tugas yang melibatkan urusan jabatan dan pemberian bantuan kepada pelajar tidak seharusnya melibatkan guru-guru kerana ia mampu menganggu tugas hakiki guru untuk mengajar.

Menurut perkongsian Alexandra Donny, bebanan tugas seperti kebajikan, duit bantuan, kesihatan murid yang melibatkan jabatan lain janganlah diserahkan bulat-bulat dengan guru, nak bagi bantuan tapi guru yang kena sedia data, nak bagi imunisasi, guru juga yang kena sedia kenapalah jabatan-jabatan ini tidak terus kepada murid terbabit tanpa penglibatan sekolah. Tugas bukan hakiki ini yang sebenarnya menganggu,” katanya. 

Dalam pada itu, bebanan tugas guru menyebabkan rata-rata guru mengalami ‘stres’ dan keletihan kerana lambakan tugas yang berlebihan.

Salah seorang bekas guru, Rabiah Abdul Rashid berkata “Saya salah seorang guru yang memilih bersara awal. Taknak stress, bimbang memudaratkan kesihatan,” katanya. 

Sumayah Muhammad berkongsi “Nak pencen juga, cuti-cuti tak tenteram jiwa memikirkan kerja yang belum selesai,” katanya.

Manakala kenyataan Ah Bu di ruangan komen pula “Saya seorang guru yang letih, lesu dan lelah,” katanya 

Sehubungan dengan itu, ada juga berkongsi bahawa isu bebanan tugas guru sudah lama dibincangkan namun tiada inisiatif dan pendekatan yang menemui jalan penyelesaian.

Menurut perkongsian, Syarinantul Hajar, “Isu (bebanan tugas)  yang dari dulu dibincangkan dan hanya terus dibincangkan..jalan penyelesaiannya makin banyak guru dibebankan dengan tugas-tugas,” katanya 

Manakala menurut Azian Abdul Aziz, “Dah lama kaji tentang beban tugas guru, tak pernah selesai sehingga kini malah tak ada yang kurang, semakin bertambah,” jelasnya.

Sumber: Facebook 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending