Terkini
Dipukul, dipijak dan hampir ditetak, lelaki disyaki dera anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang lelaki di Parit Buntar, Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak tirinya di rumahnya pada bulan Ogos lalu.
- Polis menahan seorang lelaki di Parit Buntar, Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak tirinya di rumahnya pada bulan Ogos lalu.
- Lelaki itu ditahan pada hari sama laporan itu dibuat mangsa.
- “Polis masih menyiasat kes ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis,”- Polis.
- Sebelum ini dilaporkan, satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka.
- Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki di Parit Buntar, Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak tirinya di rumahnya pada bulan Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Mazuki Mat berkata, lelaki itu ditahan pada hari sama laporan itu dibuat mangsa.
“Polis masih menyiasat kes ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Sebelum ini dilaporkan, satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka.
Pemilik akaun itu mendedahkan, mangsa dikenali sebagai Dahlia mendakwa bahawa ayah tirinya telah mencekik serta menampar pipinya sebelum ditolak ke lantai dan menghentak kepala gadis itu
Difahamkan, mangsa ingin bertemu dengan ibu kandungnya pada masa kejadian, namun tidak lama selepas itu berlakunya pertengkaran mulut dengan ibunya.
Dahlia mendakwa semasa dia menerima rawatan di Hospital Taiping, hasil pemeriksaan mendapati bahagian mata sebelah kiri dia kurang jelas, pipi, bahagian belakang badan, kaki kanan dan kiri bengkak.
Pada masa sama, pemilik akaun tersebut turut berkongsi rakaman audio semasa membuat laporan di balai polis susulan kejadian tersebut difahamkan berlaku pada 17 Ogos 2022 lalu.