Antarabangsa
[VIDEO] Barat makin berani suntik unsur LGBT dalam filem kanak-kanak
Siri filem animasi barat berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous yang ditayangkan di rancangan Netflix telah memaparkan babak sensitif yang tidak seharusnya dipertontonkan kepada kanak-kanak.
KUALA LUMPUR : Siri filem animasi barat berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous yang ditayangkan di rancangan Netflix telah memaparkan babak sensitif yang tidak seharusnya dipertontonkan kepada kanak-kanak.
Babak tersebut mempamerkan idea ‘homoseksual’ yang dibawa oleh watak Yaz yang mula mengakui perasaanya terhadap seorang gadis lain, Sammy.
Rancangan itu juga tidak meletakkan filem animasi itu di bawah bahagian kandungan matang.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur tidak dapat mengakses kandungan yang tidak sesuai kerajaan bersama institusi keagamaan akan terus berusaha mengekang elemen gaya hidup, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosi melalui filem dan media sosial.
View this post on Instagram