Connect with us

Antarabangsa

Rogol 13 pelajar hingga hamilkan lapan mangsa, guru di Indonesia dihukum mati

Seorang pengetua warga Indonesia dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan merogol 13 pelajar perempuan, sehingga menyebabkan lapan daripadanya hamil, di sebuah sekolah agama dalam tempoh enam tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rogol 13 pelajar hingga hamilkan lapan mangsa
Foto: Sumber AFP.
  • Seorang pengetua warga Indonesia dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Bandung atas kesalahan merogol 13 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah agama sehingga lapan darinya hamil.
  • Herry Wirawan, 36, juga diperintah membayar pampasan 300 juta rupiah Indonesia (RM90,000) oleh mahkamah.
  • Dituduh melakukan melakukan serangan seksual terhadap pelajar perempuan berusia antara 12 tahun hingga 16 tahun dari 2016 hingga 2021.
  • Lokasi digunakan pesalah bagi melakukan serangan seksual terhadap mangsanya termasuk pejabat yayasan sekolah, bilik sekolah berasrama penuh, hotel dan pangsapuri.
  • Suruhanjaya hak asasi manusia Indonesia mengatakan hukuman mati bukanlah hukuman yang sewajarnya.

INDONESIA – Seorang pengetua warga Indonesia dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan merogol 13 pelajar perempuan, sehingga menyebabkan lapan daripadanya hamil, di sebuah sekolah agama dalam tempoh enam tahun.

Mahkamah Tinggi Bandung dalam laman sesawangnya pada Isnin lalu mengesahkan Herry Wirawan, 36, dijatuhkan hukuman itu.

Pada awalnya mahkamah rendah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas guru itu tetapi pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan di mahkamah tinggi supaya hukuman mati dijatuhkan kepada pesalah

Wirawan juga diperintah membayar pampasan 300 juta rupiah Indonesia (RM90,000) oleh mahkamah.

Guru itu telah melakukan serangan seksual terhadap pelajar perempuan berusia antara 12 tahun hingga 16 tahun dari 2016 hingga 2021.

Menurut laporan Vice yang dipetik Independent, sekurang-kurangnya sembilan bayi dilahirkan akibat perbuatan rogol itu. 

Beberapa pelajar perempuan dilapor mengalami kecederaan fizikal akibat serangan tertuduh. 

Jenayah keji itu mula mendapat perhatian umum tahun lalu apabila salah seorang keluarga mangsa melaporkan perbuatannya kepada polis.

Terdapat 10 lokasi digunakan Wirawan bagi melakukan serangan seksual terhadap mangsanya antaranya termasuk pejabat yayasan sekolah, bilik sekolah berasrama penuh, hotel dan pangsapuri, demikian menurut mahkamah terbabit.

Mangsa diperdaya Wirawan yang berpura-pura mahu mengurut mereka.

Tertuduh juga turut berjanji untuk berkahwin dan membiayai yuran kolej mangsanya selain berjanji menjaga anak-anak dikandung mereka.

Menurut laporan itu, Wirawan juga bertindak mengugut pelajarnya untuk “patuh pada guru”.

Isteri Wirawan juga dilaporkan menyedari perbuatan terkutuk itu dan pernah menangkap suaminya melakukan serangan seksual ke atas pelajarnya, namun tidak mengambil apa-apa tindakan kerana sudah di ”brainwash”.

Kes itu mula panas di Indonesia selepas ramai pegawai kerajaan, termasuk menteri perlindungan kanak-kanak, menggesa supaya pesalah dihukum mati.

Gesaan itu bagaimanapun dipertikaikan suruhanjaya hak asasi manusia Indonesia yang mengatakan hukuman mati bukanlah hukuman yang sewajarnya.

Sumber: Independent UK

Author