Connect with us

Terkini

“Kesan lecur tangan Bella mungkin kena air panas,” – Pakar bedah plastik

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu besar kemungkinan kecederaan dialami remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disebabkan air panas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Kesan lecur tangan Bella mungkin kena air panas,” - Pakar bedah plastik
Foto: Antara kesan luka pada tangan Bella.
  • Ia berdasarkan laporan daripada pegawai perubatan yang merawat Bella ketika dibawa ke HKL pada Jun 2021.
  • “Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah. Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian.
  • “Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia.” – Pakar bedah plastik HKL
  • Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu besar kemungkinan kecederaan dialami remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disebabkan air panas.

Pakar bedah plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Salmi Mohamed Shukur ,46, berkata,  ia berdasarkan laporan yang diberikan oleh seorang pegawai perubatan yang pernah merawat remaja terbabit ketika dibawa ke HKL pada Jun 2021 iaitu Dr Sheshadri Srida.

Remaja berusia 13 tahun itu didakwa didera di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur oleh pengasuhnya iaitu Siti Bainun Ahd Razali yang merupakan pengasas Rumah Bonda di antara Februari dan Jun 2021.

Saksi pendakwaan ke-15 berkata, “Saya melihat ada dua kawasan luka masing-masing di tangan kanan dan kiri yang mana tangan kiri melecur satu peratus manakala tangan kanan melecur 0.5 peratus.

“Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah. Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian.

“Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia.” 

Tambahnya, semasa merawat Bella, beliau juga ada melihat terdapat beberapa parut luka matang yang telah sembuh sekitar badan dan tangan remaja tersebut.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dalam perbicaraan kes tersebut pada hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

Berikutan itu, Nor Azizah memohon Dr Salmi melihat kesan lecur di tangan Bella yang hadir pada prosiding mahkamah bagi proses pengecaman.

“Tangan kanan ada parut yang sudah matang sebab kurang merah berbanding asal sebab dulu tebal. Tangan kiri pula parut masih merah dan tebal.

“Parut itu masih memerlukan rawatan. Dari segi penjagaan, ia bagus setakat ini,” katanya.

Siti Bainun Ahd Razali , 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pertuduhan itu dibicarakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *