Connect with us

Terkini

Kes amang seksual Safiey Ilias dipindah ke Mahkamah Ampang

Sebutan kes usahawan kosmetik Safiey Ilias yang didakwa atas dua pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram telah ditetapkan pada 27 Oktober oleh Mahkamah Sesyen semalam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes amang seksual Safiey Ilias dipindah ke Mahkamah Ampang
  • Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh sebutan kes usahawan Safiey Ilias pada 27 Oktober atas dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki. 
  • Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan mangsa menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi 9 Jun 2021.
  • Safiey Ilias didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Kuala Lumpur – Sebutan kes usahawan kosmetik Safiey Ilias yang didakwa atas dua pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram telah ditetapkan pada 27 Oktober oleh Mahkamah Sesyen semalam. 

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashimah Hashim memohon tarikh sebutan seterusnya untuk serahan dokumen berkaitan kes tersebut.

Sebelum ini, Nurhashimah berkata Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 28, didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Mac lalu, namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Ampang dan semalam adalah sebutan kali pertama di Mahkamah Ampang.

Bagaimanapun, penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ yang diwakili peguan Harjeet Singh Sidhu itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan mangsa menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi 9 Jun 2021.

Selain itu, Safiey juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payu daranya di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Safiey Ilias didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung dua pemilik akaun dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang berpakaian mencolok mata ketika mengadakan sesi perbualan sidang video secara langsung bersama rakannya di Instagram yang disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Sumber: Bernama 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *