Antarabangsa
Sami Buddha memandu dalam keadaan mabuk, beritahu polis ‘wiski cegah COVID-19’
Bagi mengelakkan diri daripada ditahan polis ekoran memandu dalam keadaan mabuk,seorang sami buddha,Phra Thanakorn, 63 memberi alasan minum wiski agar terhindar daripada dijangkiti Covid-19.
- Phra Thanakorn, 63 tahun memberi alasan tidak masuk akal itu dalam keadaan mabuk.
- Thanakorn dilapor berkeliaran di sekitar pasar meminta wang daripada penduduk tempatan sebelum dilihat menaiki kenderaannya.
- Berdasarkan undang-undang tempatan,para sami diharamkan daripada minum minuman keras.
THAILAND: Bagi mengelakkan diri daripada ditahan polis ekoran memandu dalam keadaan mabuk,seorang sami buddha,Phra Thanakorn, 63 memberi alasan minum wiski agar terhindar daripada dijangkiti Covid-19.
Menurut Leftenan Kolonel Polis Peerapong Raksi,sami tersebut memberi alasan tidak masuk akal itu dalam keadaan mabuk.
Thanakorn dilapor berkeliaran di sekitar pasar meminta wang daripada penduduk tempatan sebelum dilihat menaiki kenderaannya.
Bimbang dengan kelakuan sami yang disifatkan sebagai individu suci agama tersebut, penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Sewaktu ditahan,sami Buddha itu mengakui dirinya telah dirasuki roh kudus.
Hasil ujian saringan pernafasan mengesahkan Thanakorn di bawah pengaruh alkohol.
Kuil Mabinthabat,lokasi Thanakorn bekerja juga dilapor mencadangkan agar sami itu dilucutkan daripada jawatannya kerana melanggar undang-undang anti-minuman keras.
Berdasarkan undang-undang tempatan,para sami diharamkan daripada minum minuman keras.
Sumber : New York Post