Connect with us

Terkini

Pelantikan Pengerusi Suhakam baharu diragui

Kata Suaram dengan pelantikan tokoh daripada Umno itu keberkesanan Suhakam untuk menjalankan fungsinya dengan bebas dan bertanggungjawab kini menjadi persoalan.

Wartawan TMT

Published

on

SUHAKAM
Foto: Malaysiakini
  • Suaram bimbang dan kecewa atas pelantikan pengerusi SUHAKAM dan dua pesuruhjayanya.
  • Pelantikan itu dianggap tidak mencerminkan kebebasan dan nilai diwakili badan itu.
  • Pengerusi Suhakam baru ialah Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad, pakar perundangan dan hak asasi manusia UITM.
  • Keraguan itu timbul kerana Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad antara orang yang mengarang kertas kerja untuk menyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom semasa pentadbiran Pakatan Harapan.
  • Pengerusi dan pesuruhjaya Suhakam harus berkecuali dari segi politik agar dapat melaksanakan tugasnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.
  • Pelantikan dua pesuruhjaya mempunyai pengaruh politik yang besar, dibimbangi menjejaskan Suhakam untuk membantu kerajaan dalam perundangan hak asasi manusia.

Kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan rasa bimbang dan kecewa atas pelantikan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan dua pesuruhjayanya yang dianggap tidak mencerminkan kebebasan dan nilai yang sepatutnya diwakili badan itu.

Kata Suaram dengan pelantikan tokoh daripada Umno itu keberkesanan Suhakam untuk menjalankan fungsinya dengan bebas dan bertanggungjawab kini menjadi persoalan.

“Kami berpandangan pelantikan yang dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob itu tidak mencerminkan kebebasan dan nilai teras Suhakam sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy hari ini.

Sevan Doraisamy

Sevan Doraisamy

Menurutnya, pelantikan pesuruhjaya yang menimbulkan kontroversi memang mengecewakan kerana Malaysia baru-baru ini mendapat kerusi dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dengan pelantikan di badan dunia itu kata Sevan, Malaysia sudah berjanji untuk menjadikan Suhakam sebagai badan yang memperjuangkan isu hak asasi manusia.

Sevan turut mempersoalkan kewajaran kerajaan melantik Rahmat Mohamad sebagai pengerusi Suhakam.

Katanya Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad ialah orang yang mengarang kertas kerja untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom semasa negara ini ditadbir Pakatan Harapan dulu.

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa ialah perjanjian yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Suaram mempunyai keraguan kuat bahawa Rahmat boleh menjalankan tugasnya untuk memenuhi mandat Suhakam.

“Dia seorang daripada empat ahli akademik yang bersama-sama mengarang kertas kerja untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak ratifikasi Statut Rom.

“Kertas kerja itu memainkan peranan penting dalam memaksa kerajaan PH menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom yang menjejaskan komitmen Malaysia dalam misi pengaman global,” katanya.

Tambah Sevan pandangan akademik Profesor Datuk Dr.Rahmat Mohamad mengenai Statut Rom mungkin memberi kesan buruk kepada Suhakam kerana – seperti yang dinyatakan dalam Akta Suhakam – salah satu fungsi utama badan berkenaan membuat cadangan kepada kerajaan berhubung penerimaan atau penyertaan perjanjian dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang lain.

Enam anggota baru Suhakam yang dilantik ialah bekas ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mohamad Nordin Ibrahim; Dr Chew Chee Ming, bekas peguam negara Sabah, Mariaty Robert; peguam Hasnal Rezua Merican Habib Merican; peguam Nazira Abdul Rahim dan bekas presiden Majlis Peguam K Ragunath.

Seorang lagi pesuruhjaya ialah pensyarah undang-undang UKM Noor Aziah Mohd Awal yang dilantik semula.

Nazira ialah ketua wanita Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu dan ahli majlis Majlis Perbandaran Bandar Baharu, manakala Hasnal ialah timbalan ketua Umno Selayang, yang juga mempunyai jawatan dalam Suaram.

Prof Rahmat Mohamad

Prof Rahmat Mohamad

“Suaram menegaskan bahawa pengerusi dan pesuruhjaya Suhakam harus berkecuali dari segi politik untuk memastikan badan itu kekal sebagai institusi yang bebas daripada pengaruh politik agar dapat melaksanakan tugasnya tanpa rasa takut dan pilih kasih.

“Dengan melantik dua pesuruhjaya yang mempunyai pengaruh politik yang besar, dibimbangi kuasa yang diberikan kepada Suhakam untuk menyiasat aduan hak asasi manusia dan membantu kerajaan dalam perundangan hak asasi manusia akan terjejas teruk.

“Sebagai contoh, jika kerajaan Umno didakwa terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia, soalan akan ditanya ialah keupayaan Suhakam untuk mengadakan siasatan secara bebas dan sama ada penemuan itu boleh dipercayai di mata masyarakat atau tidak,” katanya.

Sumber: Malaysia Kini

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending