Terkini
Konsep hak asasi manusia ikut acuan tempatan adalah “malapetaka” – Ahli Parlimen Kasthuri Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengkritik Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad berhubung kenyataan yang dibuat susulan pelantikannya sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

- Sejurus dilantik sebagai pengerusi SUHAKAM yang baharu, Datuk Rahmat membuat kenyataan untuk memastikan hak asasi manusia di Malaysia dibentuk mengikut acuan tempatan dan bebas daripada tekanan politik.
- Kenyataan beliau dianggap sebagai sebuah “malapetaka” oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, bagi sebuah negara yang merupakan ahli UNHRC.
- Kasthuri seterusnya mengemukakan beberapa permintaan kepada SUHAKAM.
- Beliau turut mengingatkan tanggungjawab dan kewajipan pengerusi baru dan pesuruhjaya SUHAKAM untuk menjuarai hak asasi manusia untuk semua golongan di Malaysia.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengkritik Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad berhubung kenyataan yang dibuat susulan pelantikannya sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Seperti yang dilaporkan media, Rahmat memberitahu minggu lalu bahawa beliau akan memastikan hak asasi manusia di Malaysia dibentuk mengikut acuan tempatan dan bebas daripada tekanan politik.
Kasthuri menyifatkan ucapan Rahmat sebagai suatu “malapetaka” bagi sebuah negara yang merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).
“Ini merupakan kenyataan buruk yang datang dari seorang ketua, ketua suruhanjaya yang berkuasa dan berpengaruh, yang dibentuk bukan sebagai NGO tetapi melalui Akta Parlimen yang sepatutnya bertindak sebagai suara untuk semua – kumpulan minoriti dan terpinggir serta golongan rentan dan lemah”, tambahnya.
“Beliau benar-benar keliru mengenai apa itu kesejagatan hak asasi manusia.”
Katanya lagi, prinsip hak asasi manusia bukan hanya hak untuk sesetengah orang tetapi untuk semua, dan tanpa kompromi mesti dipertahankan dan ditegakkan tanpa diskriminasi sesuai dengan standard dan nilai antarabangsa.
“Barisan SUHAKAM yang baru mesti bekerja keras untuk mengekalkan status ‘Gred A’ supaya tidak memalukan negara di mata dunia.”
Beliau turut menjelaskan bahawa status ‘Gred A’ ini penting untuk membolehkan Malaysia menyertai Semakan Berkala Sejagat (UPR).
Penurunan taraf kepada ‘Gred B’ akan menyebabkan Malaysia kehilangan keistimewaan dan tidak mungkin mendapat tempat di UNHRC.
Beliau menegaskan barisan SUHAKAM yang baru mesti melobi kerajaan untuk membentangkan laporan hak asasi manusia SUHAKAM 2021 di Parlimen untuk dibahaskan dan dipertimbangkan dengan pelan tindakan yang praktikal dan mantap.
Kasthuri berkata, rundingan, interaksi dan pertemuan dengan Ahli Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen serta pihak berkepentingan yang lain dalam melaksanakan agenda hak asasi manusia mesti diadakan secara berkala.
Selain itu, mereka mesti melobi peruntukan bajet tambahan untuk SUHAKAM dan mesti dinyatakan dalam bajet negara. Peruntukan tersebut harus datang dari Parlimen dan bukannya dari Eksekutif untuk memastikan integriti, kebebasan dan autonomi.
“SUHAKAM juga mesti menggesa kerajaan untuk meratifikasi 6 konvensyen hak asasi manusia PBB yang lain.”
Beliau menekankan bahawa pengerusi baru dan pesuruhjaya SUHAKAM memikul tanggungjawab dan kewajipan untuk menjuarai hak asasi manusia untuk semua di Malaysia.
Sumber: Facebook Kasthuri Patto
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China