Connect with us

Terkini

Hina agama : Tiada keperluan pinda undang-undang -Timbalan Menteri Agama

“Undang-undang sedia ada sudah boleh untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana individu yang melakukan perkara yang boleh dikategorikan sebagai menghina agama.”

Wartawan TMT

Published

on

timbalan menteri agama - datuk ahmad marzuk
Foto: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
  • Tiada keperluan meminda undang-undang bagi kesalahan hina Islam dan Nabi Muhammad kerana yang sedia ada sudah memadai dengan peruntukan hukuman yang berat.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary tegaskan tiada kompromi kepada sesiapa yang melakukan provokasi hina agama.

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk meminda undang undang bagi kesalahan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad SAW sebaliknya undang-undang sedia ada sudah memadai dengan peruntukan hukuman yang berat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan sentiasa tegas dalam perkara tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan provokasi penghinaan terhadap agama.

“Undang-undang sedia ada sudah boleh untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana individu yang melakukan perkara yang boleh dikategorikan sebagai menghina agama.

“Dan sudah ada pun yang didakwa dan dijatuhkan hukuman dalam masa terdekat.”

Menurut Ahmad Marzuk hukuman yang dijatuhkan ke atas salah seorang individu baru-baru ini kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad dengan didenda RM50,000 serta dipenjara 6 bulan jika tidak dapat membayar denda dianggap memadai dan memberi pengajaran dan peringatan kepada semua.

“Apa yang saya boleh sebutkan ialah tidak kompromi kepada mana-mana individu, mana mana kumpulan, mana-mana pihak yang secara sengaja melakukan provokasi termasuklah provokasi dari sudut penghinaan terhadap agama,” katanya menerusi laporan Astro Awani..

Tegas Ahmad Marzuk, kerajaan tidak akan melepaskan mereka yang terlibat dalam penghinaan agama dalam apa sahaja ruang tindakan undang-undang sama ada melalui undang-undang syariah atau sivil.

Advertisement

“Kita akan cari mereka, kejar mereka kerana ini boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam negara kita.” 

Sumber : Astro Awani

 

 

Author

Advertisement

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending