Gubal polisi larang pekerja muslim terlibat urusniaga arak – Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hal demikian kerana, segala pekerjaan yang menyumbang kepada memudahcarakan penjualan dan pengambilan arak adalah merupakan dosa besar di sisi ajaran Islam.
-
(VIDEO) Bagi NGO kami setahun untuk selesai isu kuil tidak berdaftar — Pertubuhan
-
(VIDEO) Artis nyanyi dan menari di majlis raya sekolah, ‘Jangan sambut raya dengan dosa’
-
(VIDEO) Madrasah berusia 20 tahun dirobohkan di India – Tindakan pertama di bawah Akta Pindaan Wakaf baharu
-
(VIDEO) Geng Subuh Macam Jumaat LebarRUN dapat sambutan anak muda
- Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa KPDNHEP membuat polisi melarang syarikat perniagaan atau perkhidmatan melibatkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.
- Ini kerana arak adalah memudaratkan dan haram bagi muslim terlibat dalam pekerjaan yang membantu penjualan atau pengambilan arak.
- Gesaan itu dinyatakan Mufti Perlis dalam suratnya kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Jun lalu yang dikongsikan di Facebook beliau.
KANGAR: Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar dapat membuat polisi yang jelas melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hal demikian kerana, segala pekerjaan yang menyumbang kepada memudahcarakan penjualan dan pengambilan arak adalah merupakan dosa besar di sisi ajaran Islam.
Beliau berkata, pihak Jabatan Mufti negeri terpanggil untuk memohon keputusan yang terbaik dari pihak KPDNHEP berkaitan keterlibatan orang Islam dalam perkhidmatan melibatkan minuman keras itu seperti arak yang berlaku di premis-premis perniagaan.
“Pihak kami berharap orang Islam di negara ini tidak dibabitkan dalam urusan perdagangan dan penggunaan membabitkan arak atau sekurang-kurangnya mempunyai ruang untuk tidak terbabit.
“Seperti mana yang pihak KPDNHEP maklum, arak itu memudaratkan dan haram bagi seorang muslim terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang membantu penjualan atau pengambilan arak,” katanya menerusi surat diutuskan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang dikongsikan di dalam status Facebooknya di sini hari ini.
Tambah Mohd Asri, di dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW, seorang Muslim bukan sahaja tidak boleh meminum arak, bahkan haram melakukan tindakan atau aktiviti yang membantu pihak lain meminum arak.
“Justeru itu, pihak jabatan ini, sangat berharap agar Datuk Seri (Alexander Nanta Linggi) dapat memberi pertimbangan dalam hal ini.
“Segala perhatian pihak KPDNHEP dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih,” katanya. – UTUSAN
