Antarabangsa
Cacar monyet banyak tersebar dalam kalangan gay!
Kebanyakan kes disebarkan dalam kelompok lelaki yang melakukan hubungan intim sesama jantina.
- Dunia dilanda wabak cacar monyet.
- Singapura tidak terkecuali apabila ada 6 kes direkodkan.
- Pakar berpendapat wabak merebak dengan cepat susulan acara Pride LGBTQ di Eropah.
- Kebanyakan kes disebarkan dalam kelompok lelaki yang melakukan hubungan intim sesama jantina.
SINGAPURA – Dengan lebih 14,000 kes cacar monyet dilaporkan di lebih 170 buah negara dan wilayah kebanyakannya sejak Mei lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan samada wabak itu merupakan darurat kesihatan di peringkat global.
Sehingga kini, dilaporkan terdapat 5 kematian dalam wabak cacar monyet ini yang semuanya berlaku di Afrika.
Manakala pihak berkuasa Singapura telah merekodkan enam kes, tiga daripadanya adalah kes tempatan.
Prof. Madya Hsu Li Yang, pakar penyakit berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock Universiti Nasional Singapura memberitahu bahawa kes itu tidak kira di dalam atau luar negara harus dianggap sebagai isu yang membimbangkan.
Dalam keadaan wabak semasa, cacar monyet mula merebak dengan cepat di Eropah, di mana pakar-pakar mengaitkannya dengan acara Pride LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender) yang dijalankan di sana.
“Ianya hampir pasti ditularkan melalui sentuhan dekat semasa melakukan hubungan intim,” katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa kebanyakan kes ini disebarkan dalam kelompok golongan lelaki yang melakukan hubungan seksual sesama jenis (gay).
Di luar negara, kes ini dapat direkodkan di klinik kesihatan seksual apabila pesakit datang mendapatkan bantuan untuk jangkitan penyakit kelamin yang mereka hadapi.
Professor Roy Chan yang merupakan perunding kanan dan penasihat perubatan di klinik Jabatan Kawalan Penyakit Kelamin (Department of Sexually Transmitted Infections Control) turut mengesahkan bahawa satu kes cacar monyet disebarkan melalui hubungan kelamin di Singapura.
Sumber: The Straits Times