Antarabangsa
Kes melonjak di Singapura, penduduk digesa ambil dos penggalak
Penduduk Singapura digesa oleh pakar kesihatan negara tersebut untuk mendapatkan suntikan penggalak, termasuk dos penggalak kedua menjelang Aidiladha lanjutan lonjakan terbaru kes COVID-19 yang dikesan.

Siapa – Penduduk Singapura
Apa – Lonjakan terbaru kes COVID-19 dikesan
Dimana – Singapura
Bila – 23 Jun 2022
Kenapa – kemunculan subvarian baru BA.4 dan BA.5 Omicron, yang lebih mudah berjangkit
Bagaimana – akibat perlindungan vaksin semakin merosot
SINGAPURA – Penduduk Singapura digesa oleh pakar kesihatan negara tersebut untuk mendapatkan suntikan penggalak, termasuk dos penggalak kedua menjelang Aidiladha lanjutan lonjakan terbaru kes COVID-19 yang dikesan. Lonjakan yang berlaku di negara itu adalah akibat kemunculan subvarian baru BA.4 dan BA.5 Omicron, yang lebih mudah berjangkit.
Antara faktor lainnya, adalah perlindungan vaksin yang kian merosot.
Jumlah kes di negara jiran itu mencatatkan peningkatan 23 peratus menjadikan 1,395 jumlah kes pada minggu ini.
Maklumat terkini mendapati 326 pesakit sedang dirawat, 9 menerima jagaan intensif manakala 27 lagi memerlukan sokongan oksigen. Tiada lagi kematian direkodkan buat masa sekarang.
Kes subvarian BA.5 sahaja menyumbang 25 peratus dalam minggu ini. Ini membuktikan jangkitan BA.4 dan BA.5 adalah sama agresif dengan jenis jangkitan Omicron sebelum ini.
