Connect with us

Antarabangsa

Transgender dera kanak-kanak secara seksual, hamilkan remaja perempuan 14 tahun

Seorang lelaki transgender didapati bersalah mendera seorang kanak-kanak secara seksual dan menghamilkan seorang gadis berusia 14 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Transgender didapati bersalah dera kanak-kanak secara seksual, hamilkan remaja perempuan 14 tahun
Foto: David Orton, atau nama transgendernya Danielle Rose Gemini.
  • Lelaki transgender, David Orton, 25 didapati bersalah mendera seorang kanak-kanak secara seksual dan menghamilkan seorang gadis berusia 14 tahun.
  • Orton didapati bersalah melakukan ‘penetrasi’ terhadap seorang kanak-kanak oleh Mahkamah Leicester Crown yang kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun setengah.
  • Menurut Detektif Konstabel Sarah Le Butillier, Orton mengambil kesempatan melakukan tindakan keji itu atas hubungan baik bersama ibu bapa mangsa.
  • “Kami gembira mangsa mendapat keberanian untuk akhirnya bercakap tentang apa yang dia lalui dan menyedari menjadi mangsa tindakan Orton,” kata Le Butillier.

ENGLAND – Seorang lelaki transgender didapati bersalah mendera seorang kanak-kanak secara seksual dan menghamilkan seorang gadis berusia 14 tahun.

David Orton, 25, juga dikenali sebagai Danielle Rose Gemini, didapati bersalah oleh Mahkamah Leicester Crown atas dua pertuduhan melakukan ‘penetrasi’ terhadap seorang kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun setengah.

Menurut Detektif Konstabel Sarah Le Butillier, Orton mengambil kesempatan melakukan tindakan keji itu atas hubungan baik bersama ibu bapa mangsa.

“Orton menggunakan kelemahan mangsa untuk kepentingan sendiri dan bukan sahaja merawat mangsa, ibu bapanya juga percaya Orton adalah kawan tulen.

“Ini merupakan penyiasatan yang rumit dan panjang; laporan awal dibuat kepada polis lebih dua tahun lalu. Ibu bapa mangsa enggan menerima penjelasan awalnya dan tabah.

“Kami gembira mangsa mendapat keberanian untuk akhirnya bercakap tentang apa yang dia lalui dan menyedari dirinya adalah mangsa serta tindakan Orton bukanlah tindakan seorang kawan,” katanya dipetik portal Reduxx.

Pada mulanya laporan polis dibuat sekitar 2021, Orton didakwa atas empat pertuduhan melakukan aktiviti ‘penetrasi’ terhadap seorang kanak-kanak.

Orton juga didakwa atas kesalahan merogol remaja berumur 13 hingga 15 tahun dan akhirnya didapati bersalah oleh juri.

Mangsa yang tidak mahu dikenali, berusia 14 tahun ketika kejadian itu, pada mulanya bergelut untuk menerima hakikat bahawa dia didera secara seksual, namun akhirnya memutuskan membuat keterangan kepada polis selepas keluarganya berasa curiga.

Difahamkan, Orton mengambil kesempatan di sebalik hubungan akrab dengan kedua ibu bapa mangsa untuk melakukan jenayah seksual terhadap remaja perempuan itu. 

Sumber: Reduxx

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *