Connect with us

Terkini

Bendung gangguan seksual di tempat kerja, platform aduan secara dalam talian perlu diwujudkan – Peguam

Penyediaan platform aduan secara dalam talian berhubung budaya atau persekitaran di sesebuah syarikat dapat membantu pekerja melaporkan sebarang salah laku melibatkan rakan sekerja termasuk gangguan seksual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bendung gangguan seksual di tempat kerja
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Platform tersebut perlu dikendalikan oleh pihak ketiga supaya informasi pekerja dapat dirahsiakan dan laporan tersebut dihantar terus kepada jabatan pasukan pematuhan (compliance department).
  • Fungsi seperti itu menggalakkan pekerja untuk membuat aduan secara telus dan perkhidmatan dapat melindungi pekerja.

PETALING JAYA – Penyediaan platform aduan secara dalam talian berhubung budaya atau persekitaran di sesebuah syarikat dapat membantu pekerja melaporkan sebarang salah laku melibatkan rakan sekerja termasuk gangguan seksual.

Peguam khusus undang-undang pekerjaan, Donovan Cheah berkata, pendekatan tersebut dapat menggalakkan pekerja membuat aduan pada bila-bila masa selain membendung masalah gangguan seksual di tempat kerja.

“Ada sesetengah syarikat, mereka melakukan tinjauan terhadap pekerja setiap tahun namun, langkah itu dilihat tidak spesifik pada isu gangguan seksual kerana ada juga masalah-masalah lain dalam organisasi.

“Saya fikir adalah penting untuk menyediakan saluran tepat untuk pekerja-pekerja menyampaikan aduan tersebut (gangguan seksual) kepada pihak sumber manusia apabila mereka sudah bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi soal jawab Persidangan Undang-undang Pekerjaan Malaysia 2022 (MELC 2022) di sebuah hotel pada Selasa.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Mohd Asri Abdul Wahab; Pengarah Urusan HR Edge Consulting Sdn Bhd dan MyFreelys Academy, Y.K. Lai serta Pengarah Urusan Q3 Management Solution Sdn Bhd, Emilawati Zainol.

Ulas Donovan, platform tersebut perlu dikendalikan oleh pihak ketiga supaya informasi pekerja dapat dirahsiakan dan laporan tersebut dihantar terus kepada jabatan pasukan pematuhan (compliance department).

“Fungsi seperti itu menggalakkan pekerja untuk membuat aduan secara telus dan saya rasa perkhidmatan itu merupakan satu alternatif yang bagus,” ujarnya.

Tambahnya, gangguan seksual mempunyai pelbagai bentuk dan meninggalkan kesan trauma mendalam sama ada dari segi psikologi atau fizikal.

“Ingatlah bahawa ‘berdiam diri tidak bermakna setuju’, itu boleh menjadi sebab mengapa mangsa tidak segera membantah atau membuat aduan.

“Kadang-kadang ia mengambil masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun, tetapi tidak bermakna kita boleh mengabaikan aduan itu.

“Majikan harus membina budaya hormat-menghormati dan mempunyai dasar bertulis untuk melindungi pekerja mereka,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *