Connect with us

Antarabangsa

PBB: Sistem makanan Gaza lumpuh ketika kebuluran semakin parah

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: OCHA
  • Menurut PBB, keluarga di Gaza terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan makanan, dengan kadar malnutrisi akut dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat dua kali ganda
  • Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran sistem makanan di Gaza telah lumpuh sepenuhnya

NEW YORK – Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran pada Isnin bahawa sistem makanan di Gaza telah lumpuh sepenuhnya ketika kebuluran semakin mencengkam wilayah yang dikepung itu.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan agensi itu berkata sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan menyebabkan kematian ramai orang awam yang sepatutnya dapat dielakkan.

Menurut laman sesawang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keluarga di Gaza terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan makanan, dengan kadar malnutrisi akut dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat dua kali ganda, manakala bekalan susu formula bayi hampir kehabisan.

Setiausaha Agung PBB António Guterres sekali lagi menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap bencana kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera dan berkekalan serta pembebasan semua tawanan tanpa syarat.

 

Author