Connect with us

Terkini

(VIDEO) Tawar ingin ‘scrut’ Nurul Izzah, Aliff Ahmad dipanggil SKMM

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengasas bersama SCRUT, Aliff Ahmad (kiri) & Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (kanan)

KUALA LUMPUR — Seorang pempengaruh mendakwa beliau dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi disoal siasat berkenaan hantaran Facebook yang menawar untuk ‘scrut’ atau menyiasat secara terperinci latar belakang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Aliff Ahmad yang juga pengasas bersama SCRUT berkata beliau menerima Notis Arahan Kehadiran daripada SKMM yang memanggilnya untuk hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada 8 malam semalam.

Bagaimanapun, Aliff berkata beliau memaklumkan kepada pegawai itu bahawa beliau tidak dapat hadir untuk sesi soal siasat, sebaliknya menuntut pihak berkuasa mengemukakan waran tangkap.

@themerdekatimes

Dalam hantaran Facebook berbeza, Aliff berkata beliau sebelum ini telah ‘scrut’ ramai nama jauh lebih besar daripada Nurul Izzah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Tan Sri Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng serta nama besar lain. Walaupun keputusan ‘scrut’ beliau ke atas nama-nama besar itu sudah keluar, katanya tetap tiada sebarang tindakan seperti dipanggil SKMM di mana situasinya berbeza dengan hari ini. #scrut #SKMM #themerdekatimes #fyp

♬ Epic News – DM Production

“Aku ada hal. Aku tak boleh datang. Aku suruh pagi esok (hari ini) diorang pergi jumpa majistret tunjuk hantaran aku, minta waran tangkap. Buatlah dokumen sikit malam ini (tadi). Esok (hari ini) menghadaplah majistret,” kata pempengaruh itu menerusi hantaran di Facebook semalam.

Hantaran itu turut disertakan dengan beberapa tangkap layar seperti Notis Arahan Kehadiran daripada SKMM, perbualan WhatsApp di antara beliau dengan pegawai SKMM dan hantaran Facebook beliau sebelum ini yang difahamkan mengundang tindakan soal siasat diambil ke atasnya.

Aliff dalam hantaran itu berkata terdapat ramai pihak yang meminta beliau untuk ‘scrut’ Nurul Izzah berkenaan pekerjaan anak Perdana Menteri itu, dari mana beliau mendapat duit untuk hidup dan berpolitik serta apa perniagaan dijalankan beliau.

Foto: Gambar tangkap layar dimuat naik Aliff di hantaran Facebook-nya.

Menurut pempengaruh itu beliau merasa kelakar apabila SKMM dilihat bersungguh-sungguh ingin menyiasat hantarannya yang diyakini tiada sebarang kesalahan undang-undang atau jenayah di dalamnya, sedangkan ada lebih banyak hantaran, video mahupun gambar bersifat jelek, jijik, lucah dan dahsyat yang jelas melanggar undang-undang di luar sana tidak dikenakan tindakan siasatan.

“Aku sendiri pernah buat laporan kepada SKMM @ MCMC dulu ketika kebocoran data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah laman web… Ketika itu, aku dan Nik Izwan Kamel terpaksa mengajar pegawai-pegawai di SKMM. Apa jadi selepas itu? Senyap sepi.

“Web itu masih wujud sehingga hari ini. Masih jual data JPN. Orang dah ajar pun taknak buat kerja.

“Aku ini, baru kata akan SCRUT Nurul Izzah jika 20 ribu perkongsian tercapai. Pun apabila ada laporan dibuat, beria SKMM nak siasat.

“Aku percaya, pegawai SKMM atau MCMC pun tahu hantaran tersebut langsung tiada apa-apa kesalahan di atas mana-mana akta atau undang-undang. Mungkin terpaksa buat “kerja” atas arahan atasan,” kata Aliff.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Aliff Ahmad.

Aliff berkata beliau sudah memaklumkan pegawai SKMM bahawa beliau akan hadir di pejabat suruhanjaya itu pada 10 pagi ini.

“Siapa ada kelapangan, kita jumpa di sana. Aku takut? Tidak. Aku sangat teruja. Mungkin inilah alasan kuat aku untuk buat SCRUT Nurul Izzah walaupun perkongsian masih tidak cukup 20 ribu.

“Aku letak 20 ribu sebab asalnya aku taknak buat. Kalau capai baru buat. Apa pun, kalau ada yang menjual. Aku rela membeli. Marilah…,” katanya.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Aliff Ahmad.

Dalam hantaran berbeza, Aliff berkata beliau sebelum ini telah ‘scrut’ ramai nama jauh lebih besar daripada Nurul Izzah membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng serta nama besar lain.

Katanya, walaupun keputusan ‘scrut’ beliau ke atas nama-nama besar itu sudah keluar, tetap tiada sebarang tindakan seperti dipanggil SKMM.

Namun, situasinya berbeza hari ini apabila beliau hanya baru menulis hasrat ingin ‘scrut’ Nurul Izzah, beliau terus dipanggil SKMM dalam tempoh yang singkat.

“Hari ini, aku baru tulis nak SCRUT Nurul Izzah, terus petang dah panggil nak jumpa aku malam ni. Betul-betul lain kasta Puteri Reformasi hari ini, yang suatu masa duhulu aku sanjung. Yang suatu masa dahulu memperjuangkan kebebasan bersuara.

“Sampai aku pernah kasitau Liyana Marzuki, suruh Izzah ke depan. Jadi PM wanita pertama Malaysia. Kerana aku nampak Izzah paling kurang mafsadah.

“Hari ini, dia ibarat Puteri Lindungan Bulan, tak boleh diusik dan dicuit, yang boleh hanyalah diampu dan dipuja sahaja barangkali,” kata Aliff yang turut menyertakan tangkap layar artikel bertajuk, ‘Kebebasan media jadi keutamaan Pakatan, kata Nurul Izzah’. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *