Connect with us

Politik

Salur sumbangan buat masjid, Nga Kor Ming nafi DAP ‘anti-Islam dan Melayu’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming
  • “Saban hari DAP difitnah “anti-Islam”, namun parti keramat ini sentiasa menghormati semua agama dan sudah tentunya termasuk agama Islam. “Hari ini saya menyerahkan RM72,000 sumbangan kepada masjid dalam kawasan Parlimen Teluk Intan dan amalan murni ini sudah jadi tradisi kami. DAP For All! ♥️,” kata Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dalam ciapan di X semalam.
  • Dalam ciapan berbeza hari ini, beliau turut menyangkal dakwaan parti DAP “anti-Melayu” dengan menyifatkan tuduhan itu jelas satu pembohongan dan fitnah menjijikkan.
  • Ciapan itu ditulis berserta pemberitahuan bahawa beliau telah menyumbang RM150,000 kepada pelajar-pelajar Melayu di kawasan parlimennya.

KUALA LUMPUR — Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menafikan dakwaan bahawa parti politiknya anti-Islam dan Melayu dengan memaparkan pemberian sumbangan kepada penduduk Melayu di kawasan parlimen beliau di platform X.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau telah menyerahkan sumbangan RM72,000 kepada masjid di Parlimen Teluk Intan dan amalan murni tersebut dikatakan sudah menjadi tradisi bagi mereka.

“Saban hari DAP difitnah “anti-Islam”, namun parti keramat ini sentiasa menghormati semua agama dan sudah tentunya termasuk agama Islam.

“Hari ini saya menyerahkan RM72,000 sumbangan kepada masjid dalam kawasan Parlimen Teluk Intan dan amalan murni ini sudah jadi tradisi kami. DAP For All! ♥️,” katanya dalam ciapan di X semalam.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming di X.

Dalam ciapan berbeza hari ini, beliau turut menyangkal dakwaan parti DAP “anti-Melayu” dengan menyifatkan tuduhan itu jelas satu pembohongan dan fitnah menjijikkan.

Ciapan itu ditulis berserta pemberitahuan bahawa beliau telah menyumbang RM150,000 kepada pelajar-pelajar Melayu di kawasan parlimennya.

“Saban hari DAP difitnah “anti Melayu”, namun jelas ini adalah satu pembohongan dan fitnah yang menjijikkan.

“Hari ini saya memberi sumbangan RM150,000 kepada pelajar-pelajar Melayu di kawasan Parlimen Teluk Intan,” kata Kor Ming dalam ciapan di X hari ini.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming di X.

Pada minggu lalu, DAP dilapor menegaskan parti politik itu tidak mempunyai sebarang niat atau agenda untuk mengubah mahupun meminda perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jaminan itu diberi Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan yang juga sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang sebelum itu dilapor menyatakan sekalipun DAP mempunyai 148 kerusi di Parlimen, ia tidak memungkinkan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera dipinda.

Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi menyatakan parti DAP sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *