Connect with us

Terkini

Mahkamah tolak semakan kehakiman kembalikan status Islam anak Loh

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Loh Siew Hong
  • Kerajaan Perlis gagal dalam semakan di Mahkamah Persekutuan untuk memulihkan status Islam tiga anak Loh Siew Hong yang sebelum ini ditukar ke agama itu secara sepihak.
  • Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim hari ini sebulat suara menolak permohonan pentadbiran negeri supaya panel itu menyemak keputusannya sebelum ini.
  • “Kami mendapati tiada merit dalam permohonan semakan ini kerana ia tidak memenuhi ambang Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
  • “Tidak ada apa-apa penyelewengan keadilan,” katanya dipetik Malaysiakini sebelum menolak semakan itu tanpa arahan mengenai kos kerana ia adalah perkara kepentingan awam.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Perlis gagal dalam semakan di Mahkamah Persekutuan untuk memulihkan status Islam tiga anak Loh Siew Hong yang sebelum ini ditukar ke agama itu secara sepihak.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim hari ini sebulat suara menolak permohonan pentadbiran negeri supaya panel itu menyemak keputusannya sebelum ini.

“Kami mendapati tiada merit dalam permohonan semakan ini kerana ia tidak memenuhi ambang Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

“Tidak ada apa-apa penyelewengan keadilan,” katanya dipetik Malaysiakini sebelum menolak semakan itu tanpa arahan mengenai kos kerana ia adalah perkara kepentingan awam.

Pada 30 Oktober tahun lalu, kerajaan Perlis dilapor memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah itu sebelum ini yang menolak kebenaran merayu difailkan kerajaan negeri dan tiga pihak lain.

Dalam permohonan semakan itu, kerajaan negeri menyatakan keputusan sebelum ini telah menjejaskan hak pihak itu untuk didengar dan memohon pendengaran semula permohonan kebenaran merayu.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak pada 14 Mei tahun lalu, menghalang pemohon, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar mualaf Negeri Perlis dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada meneruskan rayuan mereka.

Loh memfailkan afidavit bagi membantah permohonan semakan itu.

Pada 10 Januari 2024, Mahkamah Rayuan membatalkan penukaran agama anak-anak Loh kepada Islam dan mengisytiharkan mereka beragama Hindu. Keputusan itu telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023 yang sebelum ini menolak semakan kehakiman Loh untuk membatalkan penukaran agama anaknya.

Ibu tunggal berusia 37 tahun itu memfailkan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022, memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan mendakwa bekas suaminya, M. Nagahswaran, yang memeluk Islam, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran Loh. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *