Connect with us

Antarabangsa

Israel dilanda kebakaran besar, ambil masa 20 jam padam api

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Kebakaran besar yang tercetus di wilayah Beit Shemesh
  • Satu kebakaran besar tercetus di wilayah Beit Shemesh, negara haram Israel, berhampiran Baitulmaqdis yang melibatkan 2,500 ekar kawasan melibatkan hutan dan penempatan penduduk.
  • Lebih 100 trak bomba dan enam pesawat dikerahkan bagi memadamkan kebakaran dan bomba mengambil masa 20 jam untuk memadamkan api sepenuhnya.

BAITULMAQDIS – Satu kebakaran besar tercetus di wilayah Beit Shemesh, negara haram Israel, berhampiran Baitulmaqdis yang melibatkan 2,500 ekar kawasan melibatkan hutan dan penempatan penduduk.

Dengan cuaca panas melampau, kebakaran itu memaksa pemindahan penduduk dan penutupan jalan-jalan utama serta perkhidmatan kereta api di tengah Israel.

Lebih 100 trak bomba dan enam pesawat dikerahkan bagi memadamkan kebakaran dan bomba mengambil masa 20 jam untuk memadamkan api sepenuhnya.

The Times of Israel melaporkan tiada penduduk yang cedera dalam kebakaran yang berlaku ketika gelombang haba melanda negara haram itu.

Namun, tiga anggota bomba dan seorang anggota polis wanita cedera, dengan dua daripadanya dimasukkan ke hospital akibat terhidu asap tebal.

Kebakaran terbabit pada asalnya bermula berhampiran Moshav Tarum, dekat Beit Shemesh. Angin kencang telah memburukkan keadaan ketika pasukan bertungkus-lumus memadam api dengan bantuan dari udara.

Perkhidmatan Meteorologi Israel telah memberi amaran mengenai cuaca melampau pada Selasa dan Rabu, dengan kemungkinan suhu mencatatkan rekod tertinggi.

Israel mengalami musim panas yang panjang, panas dan kering — keadaan yang sangat sesuai untuk berlakunya kebakaran hutan.

Kebakaran besar pernah berlaku di tanah jajahan haram, Israel pada tahun 1989, 1995, 2010, 2015, 2019, 2021 dan 2023. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *