Connect with us

Terkini

Haram beri dan ambil PrEP untuk maksiat – MKI

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali Ke-122 yang bersidang pada 18 hingga 20 Oktober 2023 berpandangan pemberian dan pengambilan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk tujuan maksiat adalah dilarang dan diharamkan.
  • Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bertajuk, ‘Pelaksanaan Pemberian Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) bagi tujuan pencegahan HIV’ yang disiar di laman web Portal Pusat Maklumat Penyelidikan Islam (CIRi).
  • “Negara ini hendaklah secara jelas dan nyata bersuara menentang seks songsang khususnya homoseksual. Penekanan kepada pendekatan abstinence, program kerohanian, psikospiritual, advokasi dan sebagainya perlu disinergikan oleh agensi kerajaan dan NGO.” – Jawatankuasa Muzakarah MKI.

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali Ke-122 yang bersidang pada 18 hingga 20 Oktober 2023 berpandangan pemberian dan pengambilan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk tujuan maksiat adalah dilarang dan diharamkan.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bertajuk, ‘Pelaksanaan Pemberian Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) bagi tujuan pencegahan HIV’ yang disiar di laman web Portal Pusat Maklumat Penyelidikan Islam (CIRi).

Dalam kenyataan itu, Muzakarah juga menegaskan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam membendung gejala sosial seperti penagihan dadah, seks bebas dan perlakuan hubungan sejenis khususnya dalam kalangan kumpulan Gay, Biseksual dan Transgender bagi mengelakkan penularan HIV semakin meningkat di negara ini.

“Penekanan kepada pendekatan abstinence, program kerohanian, psikospiritual, advokasi dan sebagainya perlu disinergikan oleh agensi kerajaan dan NGO bagi memberikan pengetahuan, kesedaran, perubahan sikap dan amalan kepada masyarakat untuk menjauhi larangan dalam ajaran Islam serta norma yang bertentangan budaya masyarakat.

“Negara ini hendaklah secara jelas dan nyata bersuara menentang seks songsang khususnya homoseksual.

“Maka pemberian PrEP dalam suasana penentangan terhadap kesongsangan itu, tidaklah menampakkan negara berkompromi dan mempromosi aktiviti yang salah,” katanya.

Turut dijelaskan bagi pasangan suami isteri yang sah, PrEP harus diambil dan diberikan kepada mereka untuk mengelakkan penularan HIV kepada pasangan belum dijangkiti dengan nasihat pegawai perubatan.

Foto: Tangkap layar kenyataan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Kali Ke-122.

CIRi merupakan portal yang mengandungi maklumat-maklumat penyelidikan berkaitan isu-isu hal ehwal Islam. Portal itu mengandungi kajian-kajian strategik dan hukum yang telah dilaksanakan serta info berkaitan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai pemudah cara capaian maklumat kepada masyarakat umum. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *