Terkini
Bapa bangsa Cina tetapkan anak perlu kuasai bahasa Melayu, syarat pakai lencana Jalur Gemilang

- Ini kerana menurut pengguna Facebook, Ng Chee Kean apabila ada lencana Jalur Gemilang di dada pakaian seragam sekolah anak-anaknya, keutamaan penggunaan bahasa pertuturan mereka juga perlu diberi kepada bahasa Melayu walaupun mereka mendapat pendidikan di sekolah Cina.
- Malah, Chee Kean menetapkan jika penguasaan bahasa Melayu kedua-dua anak lelakinya yang difahamkan bernama Ng Ho Wie atau Upin, dan Ng Ho Race (Ipin) merosot atau tidak bertambah baik, dia akan mengeluarkan lencana terbabit dari pakaian seragam mereka.
- Katanya, jika perbuatan dia tersebut mengundang pertanyaan cikgu maka Ho Wie dan Ho Race perlu memaklumkan bahawa itu adalah kerana penguasaan bahasa Melayu mereka kurang baik.
KUALA LUMPUR — Susulan pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang dalam kalangan pelajar, seorang bapa berbangsa Cina mengenakan beberapa syarat kepada anak-anaknya, termasuk mereka dikehendaki menambah baik penguasaan bahasa Melayu.
Ini kerana menurut pengguna Facebook, Ng Chee Kean apabila ada lencana Jalur Gemilang di dada pakaian seragam sekolah anak-anaknya, keutamaan penggunaan bahasa pertuturan mereka juga perlu diberi kepada bahasa Melayu walaupun mereka mendapat pendidikan di sekolah Cina.
Malah, Chee Kean menetapkan jika penguasaan bahasa Melayu kedua-dua anak lelakinya yang difahamkan bernama Ng Ho Wie atau Upin, dan Ng Ho Race (Ipin) merosot atau tidak bertambah baik, dia akan mengeluarkan lencana terbabit dari pakaian seragam mereka.
Katanya, jika perbuatan dia tersebut mengundang pertanyaan cikgu maka Ho Wie dan Ho Race perlu memaklumkan bahawa itu adalah kerana penguasaan bahasa Melayu mereka kurang baik.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ng Chee Kean.
“Hari ini hari pertama (21 April) Upin Ipin pakai lencana Jalur Gemilang. Papa sudah set beberapa syarat bila Jalur Gemilang ada di dada kita iaitu syarat pertama tak boleh bagi kotor (baju), tak boleh sentuh lantai dan tak boleh buang sini sana lagi.
“Syarat kedua ialah bila ada Jalur Gemilang di dada, keutamaan bahasa akan diberikan kepada Bahasa Melayu… Bila keluar kelas pergi beli makan di kantin jumpa mak cik-mak cik dan pak cik Cina semua wajib guna Bahasa Malaysia. Bagi ucapan dan salam pun dalam BM bila jumpa kawan-kawan walaupun di sekolah Cina.
“So pastikan syarat-syarat dipegang dan dilaksanakan… Bukan sekadar pakai lencana sahaja… Perlu tahu hikmah dan tanggungjawabnya sebagai seorang murid di Sekolah Kebangsaan (di Malaysia),” katanya menerusi hantaran di Facebook yang tular baru-baru ini.
Hantaran Chee Kean itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meninggalkan komen dengan ucapan terima kasih kerana bersama-sama menyemai rasa cinta untuk negara ini.

Foto: Tangkap layar komen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hantaran Facebook Chee Kean.
Chee Kean dalam hantaran berbeza menasihatkan kita mengetepikan ego masing-masing dengan memberikan ruang kepada bahasa Malaysia (Melayu) kerana dia berpendirian tanpa bahasa kebangsaan tersebut negara ini akan cacat pergerakannya.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ng Chee Kean.
Sebelum ini, lelaki berusia 46 tahun itu dalam hantaran lain pernah mengingatkan anaknya Ho Race (Ipin) supaya menambah baik bahasa Melayu dia dan ia perlu jauh lebih baik dari Chee Kean memandangkan penguasaan bahasa Cina dan Inggeris Ho Race sudah baik.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ng Chee Kean.
“Awak tak boleh kalah kepada papa dalam hal ini. Awak tidak tahu betapa pentingnya bahasa ini (bahasa Melayu) untuk masa depan kamu di Malaysia. Saya harap cikgu-cikgu di sekolah sedar dan boleh bantu mereka. Jangan abaikan bahasa kita,” kata Chee Kean. — The Merdeka Times
