Connect with us

Antarabangsa

Israel langgar perjanjian gencatan senjata, Hamas tangguh pembebasan tebusan seterusnya

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian oleh Israel sepanjang tiga minggu lalu, termasuk menangguhkan penduduk Utara Gaza kembali ke kediaman mereka,  mensasarkan mereka dengan serangan bom dan tembakan senjata di pelbagai kawasan tersebut, dan tidak membenarkan kemasukan bekalan bantuan dalam segala bentuk mengikut apa yang telah dipersetujui. – Jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida.
  • Hamas juga menuduh Israel tidak membenarkan khemah, rumah pasang siap, bahan bakar dan segala mekanisme pengangkutan runtuhan masuk ke dalam semenanjung tersebut.
  • Israel juga dilapor menangguhkan kemasukan ubat-ubatan penting dan bekalan hospital.
  • Media CNN turut dimaklumkan oleh diplomat yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata mendakwa bahawa PBB, Qatar, dan negara-negara lain telah meminta untuk menghantar kem perlindungan sementara ke Gaza tetapi Israel menolaknya.

GAZA — Hamas menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan berlangsung di Gaza pada Sabtu ini sehingga pemberitahuan selanjutnya.

Keputusan itu dibuat selepas Israel didakwa telah melanggar terma perjanjian gencatan senjata.

Dalam satu catatan di X Abu Obeida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam berkata bahawa penyerahan tebusan yang dijadualkan untuk dibebaskan pada hari Sabtu ini akan ditangguhkan sehingga pemberitahuan selanjutnya, dan sehingga tentera penjajah memberi komitmen dan patuh dengan perkara yang telah dipersetujui.

Abu Obeida turut memperincikan pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian oleh Israel sepanjang tiga minggu lalu, termasuk menangguhkan penduduk Utara Gaza kembali ke kediaman mereka,  mensasarkan mereka dengan serangan bom dan tembakan senjata di pelbagai kawasan tersebut, dan tidak membenarkan kemasukan bekalan bantuan dalam segala bentuk mengikut apa yang telah dipersetujui.

Hamas juga menuduh Israel tidak membenarkan khemah, rumah pasang siap, bahan bakar dan segala mekanisme pengangkutan runtuhan masuk ke dalam semenanjung tersebut.

Israel juga dilapor menangguhkan kemasukan ubat-ubatan penting dan bekalan hospital.

Israel dalam pada itu menggambarkan penangguhan tersebut sebagai pelanggaran sepenuhnya terhadap gencatan senjata dan meminta tentera Israel bersedia untuk sebarang senario di Gaza.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pula mendesak Israel untuk membatalkan gencatan senjata dan membiarkan kekacauan kembali berlaku melainkan Hamas membebaskan semua baki tebusan menjelang hari Sabtu.

Hamas bagaimanapun berkata tindakan itu berfungsi sebagai amaran kepada Israel dan bertujuan untuk memberi tekanan supaya tentera zionis itu memenuhi sepenuhnya terma perjanjian gencatan senjata.

“Dengan mengeluarkan kenyataan ini lima hari sebelum penyerahan tahanan yang dijadualkan, Hamas memberi masa yang cukup kepada pihak mediator untuk memberi tekanan kepada penjajah agar memenuhi kewajipan mereka.

“Ini juga membuka pintu agar pertukaran diteruskan seperti yang dirancang, dengan syarat penjajah mematuhinya, ” kata kenyataan tersebut.

Media CNN turut dimaklumkan oleh diplomat yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata mendakwa bahawa PBB, Qatar, dan negara-negara lain telah meminta untuk menghantar kem perlindungan sementara ke Gaza tetapi Israel menolaknya. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *