Connect with us

Terkini

Cegah perbuatan songsang, Putuskan semua hubungan rakan biseksual – Dr Zulkifli Al-Bakri

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
  • “Putuskan terus apa-apa ruang yang terbuka untuk dia berhubung dengan rakan biseksual… Misalnya tukar nombor atau block akaun media sosial dan pelbagai kaedah lain.
  • “… Handphone ni sebenarnya dia ada dua satu dia jadi racun, satu dia jadi penawar… Kalau banyak sangat berhubungan, berasmaradana (menerusi handphone) dan seumpamanya dengan perkara itu.
  • “Dia tidak mengekalkan kebaikan tersebut (sebaliknya mewujudkan) sentiasa rindu… Ini adalah bala yang besar… Jadi kurang-kurangkan penggunaan handphone atau gunakanlah dengan nombor yang tertentu (tukar nombor telefon) dengan cara yang tertentu itu jauh lebih baik lagi,” kata bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  kepada The Merdeka Times semalam mengulas berkenaan isu individu “Bisex” atau biseksual yang dilihat kian ‘mengancam’ hubungan dalam rumah tangga.
  • Individu yang terjebak hubungan songsang perlu berhijrah dari persekitaran yang bergelumang perbuatan itu, terutama tempat yang memudahkan individu terbabit mendapat akses kepadanya.
  • Individu terbabit disarankan berpindah ke tempat perkampungan atau kawasan yang mesra ibadah, agama, solat dan ilmu.

KUALA LUMPUR — Individu yang terjebak hubungan songsang, termasuk biseksual perlu memutuskan sebarang ruang yang membuka peluang untuk dia berhubung dengan rakan biseksual bagi mencegah perbuatan tersebut.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata individu itu misalnya boleh menukar nombor atau menyekat akaun media sosial rakan songsangnya atau mereka yang menggalakkan perbuatan tersebut.

“Putuskan terus apa-apa ruang yang terbuka untuk dia berhubung dengan rakan biseksual… Misalnya tukar nombor atau block akaun media sosial dan pelbagai kaedah lain.

“… Handphone ni sebenarnya dia ada dua satu dia jadi racun, satu dia jadi penawar… Kalau banyak sangat berhubungan, berasmaradana (menerusi handphone) dan seumpamanya dengan perkara itu.

“Dia tidak mengekalkan kebaikan tersebut (sebaliknya mewujudkan) sentiasa rindu… Ini adalah bala yang besar… Jadi kurang-kurangkan penggunaan handphone atau gunakanlah dengan nombor yang tertentu (tukar nombor telefon) dengan cara yang tertentu itu jauh lebih baik lagi,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan isu individu “Bisex” atau biseksual yang dilihat kian ‘mengancam’ hubungan dalam rumah tangga.

Sebelum ini, seorang bekas guru yang juga pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh dilaporkan mengingatkan semua masyarakat supaya menjaga keluarga dan orang terdekat daripada kelompok biseksual yang menjadi ‘pengacau’ dalam hubungan rumah tangga.

Mohd Fadli berkata ramai kelompok biseksual ini sudah mempunyai isteri dan anak, namun menjalinkan hubungan songsang hingga mendapat penyakit yang akhirnya menyebabkan isteri dan anak turut terkesan dengan penyebaran penyakit (seksual).

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan turut menasihatkan supaya individu yang terjebak hubungan songsang berhijrah dari persekitaran yang bergelumang dengan perbuatan itu, terutama tempat yang memudahkan individu terbabit mendapat akses kepadanya.

Beliau menyarankan individu terbabit berpindah ke tempat perkampungan atau kawasan yang mesra ibadah, agama, solat dan ilmu.

Seterusnya, kalau boleh kita wakafkan sedikit masa kita bawa isteri kita kalau ada kelebihan… anak kita ke masjid, ke surau dan lebih besar daripada itu kalau boleh, buatlah umrah bertaubatlah kepada Allah dan cara itu, Insyaallah itu adalah sebaik-baiknya. 

“Binalah hubungan baik… Kita ni dengan isteri kita ni, kita tak akan rasa dia hebat melainkan selepas dia meninggal kerana masa dia ada, bagi kita biasa sahaja tapi bila dia sudah tak ada baru kita rasa betapa mulianya, betapa baiknya dia dan betapa beruntungnya kita. 

“Jadi oleh kerana itu, saya mengharapkan supaya kita betul-betul memahami isu seperti ini kita jadikan diri kita ni benar-benar mahu melakukan satu perubahan…Berazamlah untuk berubah kemudian buatlah apa yang kami kata di samping ilmu tapi tindakan-tindakan kita menyebabkan kita boleh berubah dengan sewajarnya,” kata Zulkifli. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *