Politik
Papan tanda: King Sing ‘kebal’, selamat daripada rombakan politik
- Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai untouchable atau ‘kebal’ sekalipun beliau berdepan kritikan pedas susulan kontroversi penguatkuasaan peraturan papan tanda, baru-baru ini.
- Khairy berkata, dalam realiti dunia politik, beliau percaya tiada apa-apa akan berlaku terhadap King Sing walaupun beliau telah menerima kritikan sangat pedas dan menyeluruh dalam isu berkenaan.
- Ini kerana King Sing merupakan Ahli Parlimen pertama dari Sarawak yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sebelum Gabungan Parti Sarawak (GPS).
- “Jadi itu telah membeli (memberi) beliau satu kekebalan yang besar bahawa dia cakap apa pun, dia cakap merepek pun tak apa, tetapi dia akan selamat daripada sebarang rombakan politik,” kata Khairy dalam klip pendek Audio Siar Keluar Sekejap yang dimuat naik di Instagram.
KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai untouchable atau ‘kebal’ sekalipun beliau berdepan kritikan pedas susulan kontroversi penguatkuasaan peraturan papan tanda, baru-baru ini.
Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, dalam realiti dunia politik, beliau percaya tiada apa-apa akan berlaku terhadap King Sing walaupun beliau telah menerima kritikan sangat pedas dan menyeluruh dalam isu berkenaan.
Katanya, ini kerana King Sing merupakan Ahli Parlimen pertama dari Sarawak yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sebelum Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Jadi itu telah membeli (memberi) beliau satu kekebalan yang besar bahawa dia cakap apa pun, dia cakap merepek pun tak apa, tetapi dia akan selamat daripada sebarang rombakan politik.
“Ini adalah hakikat politik dan kita tidak menyalahkan PMX sebab ini survival… he wants to be a prime minister… Fine, tetapi ini adalah cost untuk menjadi Perdana Menteri you perlu menerima orang seperti Tiong King Sing walaupun kebanyakan orang Malaysia mahu dia dikeluarkan dari Kabinet,” kata Khairy dalam klip pendek Audio Siar Keluar Sekejap yang dimuat naik di Instagram.
King Sing sebelum ini dilaporkan menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.
King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tingkah laku disifatkan sebagai melampau itu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia, tetapi beberapa pelawat antarabangsa turut bertanyakan kepada beliau sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.
Kenyataan King Sing itu mendapat kritikan beberapa pihak, termasuk ahli parti politik pemerintah iaitu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh; bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Masjid Tanah dari PN-BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. — The Merdeka Times